Frank Lampard Buru Dries Mertens Untuk Kukuhkan Jentera Serangan

Dries Mertens Napoli Serie A 2019-20

Pengendali Chelsea, Frank Lampard sudah memulakan pencarian untuk mengukuhkan jentera serangannya dengan memulakan perbincangan bersama Dries Mertens.

Ketika ini, jentera serangan Chelsea dibarisi oleh Tammy Abraham, Michy Batshuayi, Armando Broja dan Olivier Giroud yang diberitakan bakal meninggalkan Stamford Bridge. Oleh itu, Dries Mertens kemungkinan dilihat sebagai penggantinya.

Penyerang Perancis itu masih berada dalam perbincangan untuk kontrak baharu di Chelsea, namun dengan cubaan mereka untuk membawa masuk Dries Mertens tersebut menandakan yang Olivier Giroud akan meninggalkan pasukan.

Penyerang yang memiliki 90 kaps bersama Belgium itu juga cemerlang bersama Napoli selama tujuh musim dengan telah menghasilkan 90 gol dalam 226 penampilan liga. Kontraknya dijangkakan akan berakhir pada penghujung musim ini.

Menurut laporan Football London yang memetik khabar daripada Itali, Frank Lampard sudah memulakan perbincangan serius bersama bintang Napoli itu.

Dries Mertens sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke English Premier League (EPL) sejak beberapa musim kebelakangan ini bersama Manchester United dan Manchester City – namun ianya tidak pernah berjaya direalisasikan.

Dries Mertens dikatakan telah didekati oleh Chelsea sebelum ini, namun memilih untuk kekal di Serie A sehingga musim berakhir dan dengan Olivier Giroud dilihat bakal meninggalkan pasukan, Frank Lampard perlu segera memulakan langkahnya.

Dries Mertens telah menyertai naib juara Serie A musim lalu itu daripada PSV pada musim 2013 dan membantu mereka meraih kejuaraan Coppa Italia pada musim 2014.

Bersama Napoli, penyerang berbisa itu tidak pernah gagal untuk menghasilkan gol malah merupakan penjaring terbanyak Serie A pada dua musim berturut-turut iaitu musim 2016-17 dengan 28 gol dan musim 2017-18 dengan 18 gol peribadi.

Untuk rekod, ketika ini, Chelsea sedang berada di kedudukan keempat saingan liga dan melalui musim yang sangat baik biarpun terdapat kekangan dari segi pemain-pemain dengan Frank Lampard tampak menggunakan produk-produk mudanya.

Malah, peledak muda, Tammy Abraham menjadi penjaring terbanyak mereka setakat ini dengan 13 gol sudah dihasilkannya daripada 25 penampilan liganya.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel lain mengenai Dries Mertens:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN