Ligue 1 Dibatalkan, Paris Saint-Germain Diangkat Sebagai Juara

Paris Saint-Germain

Liga utama di Perancis, Ligue 1 telah pun disahkan sebagai batal untuk saingan 2019/2020.

Menurut laporan GiveMeSport, keputusan itu dibuat selepas kerajaan Perancis untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti sukan diadakan akibat wabak Covid-19.

Berbeza dengan saingan Eredivisie di Belanda yang ditamatkan tanpa sebarang pemenang, Ligue 1 pula menobatkan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai juara.

PSG yang mendahului musuh tradisi, Olympique Marseille dengan kelebihan 12 mata berserta kelebihan satu perlawanan ke atas mereka.

Kedudukan akhir saingan Ligue 1 musim ini adalah berdasarkan nisbah mata per perlawanan.

Mengiringi PSG ke saingan UEFA Champions League musim hadapan adalah Olympique Marseille dan juga Stade Rennais.

Sementara itu, Nice, Reims dan juga Lille akan mewakili Perancis dalam saingan Europa League.

Malang buat dua pasukan bawahan iaitu Amiens dan juga Toulouse yang terpaksa turun ke saingan Ligue 2 musim hadapan.

Menggantikan mereka adalah Lorient dan juga Lens.

Keputusan membatalkan Ligue 1 ini pastinya menjadi tumpuan dunia terutamanya pengikut Premier League yang sering memikirkan kesudahan musim bola sepak England.

Adakah Bundesliga, Serie A, La Liga dan Premier League akan mengikut jejak langkah Ligue 1? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel kami mengenai Paris Saint-Germain:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN