Oxlade-Chamberlain Rela Tolak Gaji Tinggi Di Chelsea Demi Ke Liverpool

Oxlade-Chamberlain

Pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain merupakan pemain yang menjadi pasukan Premier League sewaktu hendak meninggalkan Arsenal.

Walaupun kini beliau telah menjadi milik Liverpool, namun tahukah anda sebelum ini beliau hampir menukar warna merah putih London iaitu Arsenal kepada biru London iaitu Chelsea?

Menurut laman Empire of the Kop, beliau sebenarnya telah ditawarkan dengan peluang untuk bermain bersama-sama Chelsea sewaktu Liverpool berminat untuk menariknya ke Anfield.

Chelsea dikhabarkan telah bersedia untuk memberikan gaji yang lebih besar berbanding Liverpool kepada Oxlade-Chamberlain dan menjadi calon utama untuk mendapatkan pemain tersebut.

Namun begitu, polisi yang dikemukan oleh pengurus Chelsea ketika itu iaitu Antonio Conte membuatkan pemain itu memilih untuk ke Liverpool.

Puncanya adalah kerana Conte dikatakan ingin meletakkan Oxlade-Chamberlain di posisi sebelah kanan dan itu tidak disenangi pemain tersebut.

Hal ini kerana, beliau mahu mengelak dari posisi tersebut dan lebih gemar untuk beraksi di bahagian tengah. Kerana beliau kerap bermain di bahagian kanan dibawah kendalian Arsene Wenger di Arsenal dan tidak begitu menggemarinya.

Lantaran itu, beliau memilih untuk ke Liverpool kerana Jurgen Klopp merancang untuk meletakkannya di bahagian tengah bersama-sama pemain lain seperti Fabinho, Jordan Henderson dan juga Naby Keita.

Keputusan yang dilakukan Oxlade-Chamberlain itu dilihat tepat untuk kariernya kerana walaupun gaji yang diterima tidak setinggi ditawarkan Chelsea, tetapi beliau dapat memenuhi potensinya di posisi kegemarannya.

Baca juga artikel kami mengenai Alex Oxlade-Chamberlain:

Leave a Reply