Tite: “Neymar Masih Tenang Walaupun Masa Depannya Bersama Paris Saint-Germain Samar”

Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Brazil, Tite mendedahkan yang bintangnya iaitu Neymar masih lagi gembira di Paris Saint-Germain (PSG).

Dalam sebuah sidang media yang dijalankan baru-baru ini, Tite mengatakan yang beliau ada berbual bersama-sama Neymar.

Menurut Tite, pemain itu memberikan isyarat yang beliau kini masih lagi gembira di kelab Perancis itu.

“Kami ada berbual mengenai beberapa perkara, tetapi tidak semua boleh kami dedahkan.”

“Apa yang boleh saya katakan pemain tersebut gembira dan tenang sambil menantikan tindakan kelab seterusnya.”

Tite juga mendedahkan yang kini Neymar hanya melakukan beberapa jenis latihan sahaja bersama kelabnya itu.

“Beliau kini berlatih seperti biasa seperti pemain lain.”

“Namun begitu, beliau tidak melakukan latihan taktikal kerana itu hanya untuk persiapan pasukan menjelang hari perlawanan.”

Masa depan Neymar masih lagi dianggap tidak menentu kerana belum lagi ada kata putus sama ada pemain tersebut kekal di PSG atau tidak.

Spekulasi yang mengatakan beliau akan ke Real Madrid juga nampak semakin surut ketika ini.

Tite juga mengatakan yang pemain berkualiti seperti Neymar pastinya diperlukan dan beliau tidak akan mensisihkannya dalam skuad Brazil.

Leave a Reply