Paris Saint-Germain Raih Kejuaraan Ligue 1 Buat Kali Ke-8

Selepas beberapa minggu menanti, Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya dinobatkan selaku juara Ligue 1 tanpa perlu turun ke padang selepas pencabar terdekat, Lille sekadar terikat tanpa jaringan bertemu Toulouse.

Kejayaan tersebut bermakna PSG telah menjuarai saingan liga tertinggi Perancis itu sebanyak lapan kali dan ia merupakan kali keenam dalam tempoh tujuh tahun sejak musim 2012/13.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu sebenarnya boleh mengesahkan kejuaraan dengan lebih awal tetapi mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-5 ditangan Lille serta 2-3 ketika menentang Nantes.

Selepas menerima pengkhabaran gembira itu, Kylian Mbappe menambah ceria buat skuad juara itu selepas mencipta hatrik pada pertemuan menentang AS Monaco untuk kemenangan 3-1 di Parc des Princes.

Hatrik tersebut merupakan jaringan ke-30 buat pemain berusia 20 tahun itu sekaligus meletakkannya sebagai penjaring terbanyak saingan Ligue 1 musim ini.

Nicolas Pepe dari Lille pula di tempat kedua dengan 19 gol yang telah dihasilkan.

Perlawanan itu juga turut menyaksikan pemain bintang daripada Brazil, Neymar kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan selepas dimasukkan pada minit ke-46 bagi menggantikan Layvin Kurzawa.

Kredit foto: PSG

Leave a Reply