Quantcast

BERITA

Herold Goulon Puji Prestasi Konsisten Skuad Tok Gajah

Pemain pertahanan Pahang, Mark Herold Goulon mengakui terkejut apabila jaringannya pada minit ke 56 berjaya memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad Tok Gajah selepas menewaskan Perak, 1-0 kelmarin.

Jaringan tersebut turut mengukuhkan kedudukan Pahang di tangga kedua dalam carta Liga Super dan hanya kekurangan dua mata di belakang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya tidak tahu bagaimana hendak meraikan jaringan itu. Bola itu datang kepada saya dan saya hanya mencuba untuk melakukan percubaan.

“Secara jujurnya, saya tidak sangka ia akan masuk kerana saya hanya mencuba untuk melakukan percubaan tepat. Ketika saya jatuh ke lantai, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Apabila saya bangun, saya menyedari ia telah masuk ke gawang dan saya tidak tahu bagaimana untuk meraikannya, jadi saya hanya berlari,” katanya dalam Stadium Astro

FOTO: Pahang FA

Ia merupakan jaringan kedua peribadi Mark sepanjang menyarung jersi Pahang musim ini.

Bagaimanapun, Herold menjelaskan kemenangan mereka dalam tiga perlawanan di tempat lawan bukannya mudah kerana berdepan dengan isu kecergasan dan kecederaan pemain.

Pemain yang berketinggian 192 sentimeter itu turut memuji prestasi rakan sepasukan yang masih konsisten dalam saingan Liga Super.

“Ia minggu yang sukar. Kami tidak pulang ke rumah dalam tempoh seminggu.

“Kami melalui perlawanan-perlawanan yang sukar dan ia memerlukan banyak tenaga. Kami turut kehilangan (Dickson) Nwakaeme dalam perlawanan ini.

“Ia mengakibatkan kami gagal menguasai perlawanan dan 20 minit pertama sememangnya terlalu sukar.

“Kami kemudian menguasai perlawanan dan memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol,” tambahnya.

Selepas ini, skuad Tok Gajah bakal membuat penghitungan dengan pendahulu Liga Super, JDT pada hari ahad ini di Stadium Darul Makmur. Ia adalah perlawanan yang paling ditunggu-tunggukan oleh peminat bola sepak tempatan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!