Tempoh hari, kami ada menyiarkan video mengenai pencalonan mengenai gol-gol terbaik mingguan buat Piala AFC.
Antara calon-calonnya adalah:
- Adam Sawandi (Home United lawan Yadanarborn)
- Kevin Ingreso (Ceres Negros lawan Hanoi FC)
- Nazmi Faiz (Beoungkot Angkor lawan Johor Darul Ta’zim)
- Pham Thanh Luong (Ceres Negros lawan Hanoi FC)
Hasil daripada undian atas talian di laman Facebook dan juga Twitter rasmi AFC menyaksikan keputusan telah pun dikeluarkan.
Keputusannya menyaksikan gol jaringan pemain JDT, Nazmi Faiz dipilih sebagai gol terbaik untuk minggu ini selepas menewaskan 3 lagi calon lain hasil bantuan dari anda semua.
Gol Nazmi terhasil selepas penjaga gol Beoungkot Angkor hadir dari posisi beliau untuk cuba menolak keluar bola lambungan dari jarak jauh oleh pertahanan JDT.
Namun tolakan beliau itu tidak cukup kuat apabila bola berjaya singgah di kaki Nazmi yang berada kira-kira 25 meter dari luar kotak penalti dan hasilnya satu rembatan dari luar kotak menghasilkan gol untuk JDT hasil sentuhan Nazmi.
Tahniah dari kami buat Nazmi diatas kejayaan ini. Semoga terus cemerlang!
Baca juga: Skuad JDT Peroleh Jet Peribadi Baharu Untuk Kegunaan Pemain & Pegawai Pasukan