Skuad JDT Peroleh Jet Peribadi Baharu Untuk Kegunaan Pemain & Pegawai Pasukan

Skuad JDT bakal memperoleh pengangkutan mereka sendiri apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan jet peribadi baginda kepada pasukan tersebut.

Sebuah peribadi dihadiahkan kepada skuad JDT oleh TMJ untuk tujuan kegunaan para pemain dan pegawai JDT sepanjang musim bola sepak berlangsung.

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, terdapat beberapa gambar yang menyiarkan jet peribadi itu masih lagi  dalam proses restorasi sebelum digunakan secara rasmi oleh pasukan juara 3 kali Liga Super itu.

Biru, merah & putih

Jet peribadi yang bakal digunakan oleh skuad JDT itu mengenakan tema warna pasukan JDT itu sendiri.

Warna putih menjadi warna dominan bagi jet peribadi tersebut dengan warna biru dan juga merah menghiasi di bahagian bawah pesawat.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Selain daripada menggambarkan warna rasmi pasukan JDT, ia juga menggambarkan sebagai warna rasmi negeri Johor itu sendiri.

Jet peribadi itu merupakan jet model G550 milik TMJ sendiri. Selepas proses restorasi selesai, ia bakal digunakan oleh skuad JDT yang secara tak langsung menjadikan skuad tersebut sebagai pasukan pertama di Malaysia yang mempunyai jet persendirian sendiri.

Baca juga: FA Sepanyol Tolak Rayuan Barcelona, Neymar Kekal Digantung 3 Perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN