Quantcast
FA Sepanyol Tolak Rayuan Barcelona, Neymar Kekal Digantung 3 Perlawanan


BERITA

FA Sepanyol Tolak Rayuan Barcelona, Neymar Kekal Digantung 3 Perlawanan

Friday, 21 Apr 2017

Neymar kekal digantung 3 perlawanan setelah rayuan daripada Barcelona ditolak oleh FA Sepanyol (RFEF).

Rayuan ke atas kes Neymar itu diterima RFEF dan keputusan mengenainya dibuat pada semalam (Khamis).

Barcelona dikatakan akan menimbangkan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Abitrari Sukan pada hari ini.

Jika mahkamah sukan tersebut menerima rayuan mereka, bermakna Neymar boleh beraksi dalam El Clasico menentang Real Madrid, Ahad ini.

Namun buat masa ini, potensi untuk melihat Neymar beraksi dalam el-clasico sangat tipis.


Neymar dilayangkan kad merah selepas mengutip 2 kad kuning dalam perlawanan menentang Malaga pada awal bulan ini.

Ini menjadikan beliau pemain Barcelona pertama yang dibuang padang sejak Oktober 2015.

RFEF kemudian menjatuhkan hukuman gantung 3 perlawanan ke atas penyerang sensasi Barcelona ini.

Kad kuning pertama kerana mengganggu sepakan percuma pihak lawan. Manakala, kad kuning kedua adalah kerana kekasaran ke atas Roberto Rosales.


Kesalahan itu membawa kepada penggantungan satu perlawanan. Namun dari mana pula datangnya penggantungan 2 lagi perlawanan?

Ianya kerana Neymar berkelakuan ‘kurang sopan’ dan agak ofensif ke atas pegawai ke-4 perlawanan dengan bertepuk tangan secara sarkastik ketika meninggalkan padang.

Tambahan penggantungan 2 perlawanan ini yang memberikan impak kepada jadual el-clasico kerana Neymar sudah menjalani penggantungan 1 perlawanan menentang Real Sociedad.

Baca juga: Chelsea & Tottenham Hotspur Kuasai PFA Team Of The Year, Tiada Pemain Arsenal Tersenarai


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: FA Sepanyol Tolak Rayuan Barcelona, Neymar Kekal Digantung 3 Perlawanan



Berita Bola Yang Menarik