Quantcast
5 Perkara Dari Kemenangan Manchester United Ke Atas Anderlecht


KAJIAN & FAKTA

5 Perkara Dari Kemenangan Manchester United Ke Atas Anderlecht

Friday, 21 Apr 2017

Kami gariskan 5 perkara daripada kemenangan Manchester United ke atas Anderlecht dalam perlawanan awal pagi tadi.

1. Mkhitaryan terus cemerlang di Europa

Aksi cemerlang Mkhitaryan di pertandingan Europa League berterusan. Beliau menjaringkan gol yang sangat decisive dalam perlawanan ini.




Tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan. Ini adalah jaringan ke-5 Mkhitaryan di Liga Europa untuk United musim ini.

Antara sebab kenapa Manchester United berada di separuh akhir.

2. Rashford kembali dengan sentuhan tajam sebagai no.9

Musim lalu ‘budak emas’ ini memiliki statistik jaringan yang sangat baik. Selain daripada pakar cubaan pertama dalam debut, beliau juga penjaring gol penting untuk membantu United musim lalu.

Peralihan peranan dari pemain no.9 ke pemain penyerang sayap memberikan impak sedikit kepada aksi beliau.

Dalam perlawanan menentang Chelsea, Rashford menjaringkan gol dari posisi no.9. Dalam perlawanan ini beliau melakukan perkara yang sama.

Beliau bermain no.9 setelah Ibrahimovic dikeluarkan kerana kecederaan. Jadi, Mourinho harus memikirkan solusi kepada isu ini.

3. Aksi Luke Shaw

Sebelum ini Luke Shaw menegaskan, Mourinho telah menyebut benda yang betul tentang kesungguhan beliau di pusat latihan.

Dalam perlawanan ini, Luke Shaw sangat baik ketika serangan dan banyak bergerak sehingga ke byline.

Tetapi, ketika bertahan, Luke Shaw antara titik lemah Manchester United. Gol penyamaan Anderlecht juga berpunca daripada kelemahan beliau untuk lebih cepat membuat aksi pertahanan.

Jadi, Luke Shaw masih banyak aspek untuk diperbaiki di pusat latihan untuk menjadi bek sisi no.1 di Old Trafford.

4. Kecederaan

Manchester United kehilangan 2 tonggak utama pasukan iaitu Zlatan Ibrahimovic dan Marcos Rojo.

Masih belum ada kenyataan rasmi dari kelab tentang tahap kecederaan mereka namun Ibrahimovic dipercayai cedera pada lutut.

Kehilangan 2 pemain ni pastinya merisaukan Mourinho kerana kedua-duanya adalah pemain utama dalam skuad United.

5. Europa League adalah sasaran realistik

Mourinho menjadikan Europa League sebagai keutamaan untuk mereka mara ke UCL musim hadapan. Pada masa yang sama, beliau masih meletakkan 4 teratas dalam sasaran United.

Kini mereka sudah berada di separuh akhir. Juara Europa League akan diberikan slot bermain di UCL.

Baca juga: Nazmi Faiz Menang Anugerah Gol Terbaik Mingguan Piala AFC

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi