Perlawanan terakhir CIMB Liga Super (MSL) musim ini menyaksikan Selangor terus merakam kemenangan besar dalam dua perlawanan berturut-turut selepas membelasah Felda United 6-1 di Stadium UiTM Shah Alam.
Keputusan tersebut juga menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil yang dibelenggu masalah dalaman tersingkir ke Liga Premier selepas sekadar menamatkan saingan musim ini di tangga ke-11.
Pengendali sementara Selangor, Michael Feichtenbeiner terus meletakkan kepercayaan kepada Sean Selvaraj dan pemain muda Mukhairi Ajmal di bahagian sayap serangan bagi membantu penyerang utama Ifedayo Olusegun.
Felda United pula turun tanpa dua tonggak import, Nicolas Velez dan Ryutaro Megumi yang belum pulih daripada kecederaan. Penyerang Singapura, Khairul Amri Mohamad Kamal terus diberi tugasan mengetuai barisan serangan sambil dibantu pemain muda Muhammad Syahmi Zamri.
Selangor mendahului seawal minit ke-13 apabila Sandro da Silva membuat lorongan cantik kepada Brendan Gan yang bijak mengatasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan menerusi kaki kirinya menewaskan penjaga gol Mohamad Muhaimin Mohamad.
13' | GOL BRENDAN! @FASelangorMy kini mendahului @feldaunitedfc menerusi jaringan Brendan Gan. #CIMBLigaSuper2020#SELFEL#MFLLive pic.twitter.com/DFOf0ZBzdZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 10, 2020
Selangor yang dilihat lebih banyak mendominasi penguasaan bola hampir menggandakan kedudukan beberapa minit kemudian, namun Sandro dan Ifedayo gagal memanfaatkan hantaran lintang Syahmi Safari dari sebelah kanan.
Felda yang terdesak mendapatkan kemenangan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan Denial Amier Norhisham. Bermula dengan hantaran lintang Jasazrin Jamaluddin, Khairul Amri menolak bola kepada pemain tengah tersebut yang melepaskan rembatan kaki kiri dalam kotak penalti.
33' | GOL DANIAL! @feldaunitedfc menyamakan kedudukan menerusi jaringan Danial Amier. #CIMBLigaSuper2020#SELFEL#MFLLive pic.twitter.com/2O8DBoV7cD
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 10, 2020
Namun Ifedayo kembali meletakkan Selangor di depan beberapa minit sebelum tamat babak pertama dengan mudah menolak hantaran Sandro yang juga gol ke-10 peribadinya pada musim ini.
Saat-saat akhir sebelum rehat separuh masa, Syahmi Zamri sempat melepaskan percubaannya ke arah pintu gol Selangor, namun rembatannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Tauffiq Ar Rashid Johar.
45' | GOL IFEDAYO!@FASelangorMy menambah jaringan kedua menerusi Ifedayo Omosuyi. #CIMBLigaSuper2020#SELFEL#MFLLive pic.twitter.com/lYN4mXy4Vq
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 10, 2020
Minit ke-62, Ifedayo terus menambah derita Felda United dengan gol ketiga selepas pengadil perlawanan, Fitri Maskon menghadiahkan sepakan penalti kepada Selangor Brendan Gan ditarik oleh Fadhil Idris dan mudah disudahkan oleh penyerang import Nigeria itu.
Lapan minit kemudian, Selangor meneruskan pesta dengan gol keempat menerusi sepakan percuma Sandro pada dan pemain import Brazil itu sekali lagi menyumbat gol untuk menjadikan kedudukan 5-1 pada minit ke-78.
88' | GOL IFEDAYO!
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 10, 2020
Jaringan hatrik dari Ifedayo Omosuyi.#CIMBLigaSuper2020#SELFEL#MFLLive pic.twitter.com/uCvAvKV4Xw
Dua minit sebelum tamat perlawanan, Ifedayo melengkapkan hatriknya dengan melepaskan rembatan kencang menerusi kaki kirinya. Jaringan tersebut menjadikan jumlah jaringannya musim ini sebanyak 12 gol dan dalam kedudukan terbaik untuk menggondol anugerah kasut emas.
Kedudukan 6-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat dan meletakkan Selangor naik ke tangga keempat liga buat sementara waktu memandangkan pencabar terdekat, Terengganu FC (TFC) akan turun beraksi pada Ahad.
Sandro muncul pemain terbaik perlawanan dengan dua gol dan dua bantuan jaringan.
Kredit Foto: MFL
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan: