Didapati Negatif, Covid-19 Gagal Tewaskan Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic

Keputusan wabak Covid-19 untuk menyerang pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic jelas sekali membawa padah.

Hal ini kerana, pemain veteran itu yang sebelum ini didapati positif wabak tersebut telah negatif selepas mengharungi ujian saringan kedua.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh AC Milan, pemain kelahiran Sweden itu telah menjalani dua lagi ujian saringan untuk memastikan keadaannya berada dalam keadaan balik.

Hasil dari ujian tersebut mendapati Ibrahimovic memperoleh status negatif daripada kedua-dua ujian saringan yang beliau lakukan.

“AC Milan mengumumkan Zlatan Ibrahimovic telah didapati negatif untuk dua ujian saringan berturut-turut.”

“Pihak kesihatan Bandaraya Milan telah menamatkan tempoh kuarantin beliau.”

Hasil daripada kenyataan itu, Ibrahimovic kini sudah bebas dari wabak tersebut dan boleh meneruskan aksinya bersama-sama AC Milan dalam masa terdekat.

Sebelum ini ketika didapati positif wabak tersebut, Ibrahimovic mengatakan yang beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19 ketika dijangkiti penyakit berbahaya itu.

Namun beliau mengatakan ianya adalah satu idea yang buruk buat wabak itu untuk menyerangnya, dan jelas sekali itu satu perkara yang benar.

Covid-19 berjaya ditewaskan oleh Ibrahimovic, harap selepas ini ianya boleh ditewaskan sepenuhnya oleh dunia.

Baca juga artikel kami mengenai Zlatan Ibrahimovic:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN