Mohamadou Sumareh: “Terserah Kepada Keputusan FAM, Saya Sudah Bersedia”

Penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh dikhabarkan sudah bersedia untuk dipanggil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Dengan pelbagai khabar angin ketika ini, ia seakan-akan sudah menggambarkan yang pemain kelahiran Gambia ini bakal diserap masuk ke skuad kebangsaan dalam masa terdekat.

“Itu perkara baik untuk saya dan memandangkan pihak FAM sudah memberi lampu hijau untuk saya menyertai pasukan negara, saya sudah bersedia,” ujarnya kepada Berita Harian.

“Apabila dapat tahu perkara ini saya amat gembira kerana ini peluang terbaik untuk membantu Malaysia namun saya masih menunggu dan lihat bagaimana keputusan daripada pihak kejurulatihan pasukan negara.

“Saya juga sudah memiliki kad pengenalan warganegara jadi segala keputusan lanjut hanya terserah mereka (skuad kebangsaan), jika ditanya pada saya, saya akan menjawab saya sudah bersedia untuknya,” jelasnya lagi.

Sumber: JST, Facebook

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pada Sabtu lalu yang FAM tiada halangan untuk membenarkan pemain naturalisasi beraksi bersama skuad kebangsaan.

Baginya yang bercakap kepada Berita Harian, ia adalah salah satu alternatif terbaik untuk skuad kebangsaan memperbaiki kedudukan dan ranking bola sepak negara yang kian merosot.

“Ini adalah cetusan idea yang sememangnya saya impikan. Apapun, ia perlu dibahaskan dalam mesyuarat jawatankuasa dan sudah tentu perkara ini akan mengambil masa.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita akan laksanakannya tetapi masih ada proses yang perlu difikirkan selepas ini,” ujar Hamidin lagi dalam sidang media selepas Sesi Dialog Presiden FAM.

Menerusi artikel kiriman pembaca Semuanya BOLA, Hafizuddin Muhammad, program naturalisasi sebegini wajar untuk diteruskan oleh FAM namun dalam keadaan terkawal.

Dan jika ‘The Keli Boy’ benar-benar akan diberikan lampu hijau, dia perlu mempamerkan kualiti yang sepatutnya dan bukannya setara dengan pemain-pemain tempatan lain.

Anda juga boleh membaca ‘Lelaki Ini Beri 5 Sebab Kenapa Naturalisasi Membuatkan Harimau Malaya Lebih Baik‘ hasil penulisan penulis bebas, Ezril Mohd.

Satu pandangan yang sangat kritikal dan membina bagaimana penyenaraian pemain naturalisasikan akan membantu meningkatkan prestasi skuad negara.

Dengan ranking negara yang kian merundum dan kini berada di kedudukan ke-171 dunia, tidak salah untuk ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyuntik elemen baharu.

Ranking Harimau Malaya semakin menjunam dari kedudukan ke-123 dunia pada 2005 dan dilihat terus gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai kedudukan pada tahun tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN