Previu EPL 18/19: Revolusi ‘Juego de Posicion’ Guardiola Sandaran Man City Pertahan Kejuaraan

FA Community Shield akan mengambil tempat pada 5 Ogos hadapan. Ia adalah pembuka tirai kepada musim baru Liga Inggeris.

Minggu berikutnya, musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bermula. Manchester City dan semestinya Pep Guardiola punyai misi untuk mengekalkan kejuaraan bagi musim 2018/19.

Pembentukan skuad

Kita mulakan dengan Pep Guardiola. Selepas membantu Manchester City menjuarai EPL dengan bergaya pada musim lalu, pengendali dari Catalan ini tidak teragak-agak menyambung kontrak sehingga 2021 untuk kekal di Etihad.

“Saya seronok bekerja di sini, dan akan terus bekerja keras untuk musim berikutnya,” ujar Guardiola sebagai indikasi City kekal bernafsu untuk kejuaraan pada musim ini.

Hampir keseluruhan skuad musim lalu dikekalkan, dengan hanya Yaya Toure sebagai nama yang meninggalkan City.

Riyad Mahrez menjadi satu-satunya nama yang tiba di Etihad pada musim panas ini selepas Jorginho memilih untuk ke Chelsea selepas meninggalkan Napoli.

Mahrez bukan nama asing untuk Manchester City, setelah Guardiola telah berusaha untuk membawa pemain antarabangsa Algeria dari Leicester sejak dua jendela perpindahan yang lalu.

Mahrez adalah jenis pemain yang digemari oleh Guardiola. Boleh beraksi sebagai No.10, No.9 jadian, sebagai inside-forward, ataupun berada di posisi sayap, Mahrez berupaya untuk mencipta ruang dan pada masa yang sama menjaringkan gol untuk pasukan.

Tidak rigid berada di satu-satu posisi ketika permainan, ia akan membantu Guardiola melakukan perubahan taktikal dalam perlawanan, sekaligus memberikan beliau lebih banyak corak serangan.

Squad depth

Manchester City tidak mempunyai masalah dengan squad depth. Jika ada bahagian yang perlu diperkuatkan ianya ialah untuk mencari pemain sokongan untuk David Silva dan juga Kevin De Bruyne.

Pemain muda Phil Foden dan Brahim Diaz boleh beraksi di dua posisi tersebut. Mereka juga memiliki pemain seperti Bernardo Silva, Fabian Delph, Ilkay Gundogan ataupun Fernandinho yang masih boleh disandarkan.

Kelebihan pasukan milik Guardiola ialah pemain mereka yang memiliki versatiliti dan tidak rigid untuk beraksi hanya di satu-satu posisi.

Ini membenarkan Guardiola melakukan rotasi pemain bergantung kepada taktikal dan lawan semasa.

Taktikal pasukan

Kami menjangkan tidak akan banyak perubahan dari segi formasi dan asas kepada taktikal yang akan diterapkan oleh Guardiola untuk musim 2018/19.

Namun Guardiola adalah seorang pengurus yang bijak. Tatkala ketika memerlukan, kita boleh menjangkakan inovasi taktikal daripada beliau sesuai dengan peredaran masa.

Walaupun melalui perubahan (jika berlaku) dari segi bentuk formasi, asas kepada corak permainan Guardiola bersama City tetap akan dikekalkan.

Musim lalu, City dikenali sebagai pasukan yang menerapkan aspek pertahanan di garisan atas (high defensive line) dan juga penguasaan bola (positional play) yang disertai dengan inovatif dari Juego di Posicion yang direvolusi.

Corak permainan ultra-offensive juga adalah rangka utama permainan di bawah Guardiola.

Lakaran di atas ialah bagaimana City beraksi hampir pada keseluruhan perlawanan pada musim lalu. Tidak terikat kepada satu formasi, ia akan berubah di setiap fasa permainan

Dari formula Guardiola’s pitch grid sehingga pembentukan false fullback, bagaimana kita mampu mengukur sejauh mana revolusi taktikal yang mampu dibawa oleh Guardiola?

Kualiti skuad

Kualiti pasukan milik Guardiola berkait rapat dengan skuad depth yang mereka miliki.

Malah kita boleh menyenaraikan kesebelasan utama berlainan yang mampu memberi cabaran sekurang-kurangnya untuk empat kedudukan teratas di EPL.

Dari segi teknikal pemain, kita juga tahu apa yang pemain-pemain ini mampu lakukan. Sistem ciptaan Guardiola  bergantung kepada kemampuan pemain berkomunikasi secara telepathic.

Di mana setiap orang perlu sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan kerana pemain lain juga bebas melakukan gerakan di dalam padang.

Kelemahan musim lalu

Kepentingan Silva dan De Bruyne kepada City dan Guardiola juga boleh menjadi kelemahan buat mereka.

Dengan lambakan kualiti pemain di dalam pasukan ini, masih tidak boleh dinafikan sistem Guardiola disempurnakan oleh dua pemain ini.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Musim lalu, De Bruyne adalah watak penting yang bersaing dengan penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah untuk POTY. De Bruyne adalah arkitek utama Manchester City pada musim lalu.

Manakala Silva adalah watak penting di atas padang dan juga di bilik persalinan. Dilihat memiliki perwatakan yang diam, Silva adalah pemimpin sebenar ketika City rakus merobek benteng lawan.

Apa yang kami jangkakan?

Guardiola tidak akan mahu menyambung kontrak untuk kekal di Etihad jika tidak mensasarkan kejuaraan. Ini kerana mentaliti pemenang yang dimiliki oleh beliau.

Apabila Guardiola menyambung kontrak bersama Mei lalu, ia indikasi jelas bahawa Manchester City siap untuk meneruskan prestasi cemerlang mereka pada musim-musim seterusnya.

Jangkaan kami? Manchester City adalah pilihan utama untuk gelaran juara Liga Perdana Inggeris 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN