Lelaki Ini Beri 5 Sebab Kenapa Naturalisasi Membuatkan Harimau Malaya Lebih Baik

Seorang penulis bebas, Ezril Mohd. memberikan pandangan kritikal beliau ke atas isu Natulralisasi.

Beliau memberikan ada beberapa pro yang harus dipertimbangkan oleh pengurusan FAM dalam isu Naturalisasi pemain.

Sebelum ini FAM mengambil langkah untuk terus menutup pintu kepada naturalisasi pemain. Sebaliknya FAM hanya terbuka menerima pemain kacukan ataupun yang keluarga kandung mereka ada asal-usul/berdarah dari Malaysia.

Sumareh / kredit foto: Asiana.my

Berikut adalah pandangan penulis:

Naturalisasi

Ada beberapa golongan yang tersentak bila isu pemain naturalisasi dibangkitkan bagi menyelesaikan masalah prestasi pasukan kebangsaan.

Alasan mudah mereka, hendak bagi peluang kepada bakat tempatan dan tidak mahu jadi macam Indonesia atau Singapura.

1. Ok, pertama sekali kalau nak bagi peluang kepada bakat tempatan kenapa pasukan negara sekarang masih lagi bergantung kepada pemain yang berumur 30 tahun ke atas?

2. Kedua, apakah hina sangat menggunakan pemain naturalisasi ini? Tahukah anda bahawa Jerman, Itali, England malahan Argentina sendiri ada pemain naturalisasi?

Tidakkah kita belajar dari pasukan ragbi negara yang kini di ambang untuk melayakkan diri ke Piala Dunia pertama mereka?

3. Ketiga, kita sudah ketandusan pemain berkualiti. Barisan pemain negara sekarang adalah pemain yang sama bergantung kepada import kelab masing masing untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol.

Kalau tidak sudah tentu nama-nama pemain tempatan ini menguasai senarai pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

4. Keempat, program Harimau Muda telah mematikan sekurang kurangnya dua pelapis pemain kebangsaan.

Selepas ‘batch’ Safiq Rahim, kita sebenarnya ada pelapis emas sukan sea yang kini hilang entah ke mana.

Junior satu ‘batch’ bawah mereka juga sudah hilang entah ke mana. Kini selepas Safiq Rahim and Co., kita ada B-22 yang prestasi lebih kurang atau kurang lagi dari pasukan senior.

5. Kelima, jangan terlampau berharap kepada program NFDP. Budak budak itu masih jauh perjalanan mereka.

Kalau tidak silap masih lagi di bawah U16. Itu pun kalau tidak hancur disebabkan kerana sistem kroni coachie dan duit kelab di malaysia ini.

Beberapa bukti Naturalisasi membantu bola sepak Malaysia

Sebab itu pasukan negara perlukan defribilator atau jumper untuk hidupkan kembali prestasi.

1. JDT menang AFC cup dengan 4 pemain import.

2. Malaysia juga pernah seri dengan Spurs

(Nota Editor: Pilihan Malaysia dengan pemain import juga seri dengan Liverpool sebelum ini)

Adakah kita masih dengan dasar tertutup?

Buat masa sekarang kita kena berlapang dada dan mengaku kita perlukan bantuan luar. Ada ramai pemain naturalisasi yang kini sudah diberikan kerakyatan dan bersedia untuk bersama pasukan negara.

Jangan malu untuk mengaku. Cukuplah melayan perasaan romantik dengan berangan kita mampu melakukannya dengan bakat yang ada.

Pemain yang ada sekarang tiada disiplin, bakat dan mentaliti pemain yang layak ke Olimpik Munich dan Moscow.

Hakikatnya sekarang bukan hanya tiga, tetapi sekurang-kurangnya lima pemain naturalisasi diperlukan jika kita serius hendak layak ke Asia Cup.

Dan mana yang patut bersara wajib itu, bersara lah.

Itulah pandangan kritikal daripada penulis yang mungkin ada di kalangan kita mahu membalas hujah beliau? Kami alu-alukan dan meraikan perbezaan pandangan.

Nota Editor: Jika anda mahu penulisan anda dibaca jutaan peminat bola sepak Malaysia. E-mel artikel anda (format Microsoft Words 300-800 patah perkataan) ke [email protected]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN