Michael Feichtenbeiner mendakwa beliau terpaksa mengarahkan Selangor untuk lebih bertahan di babak kedua walaupun mereka mampu bermain dengan lebih baik.
Selangor mara ke suku akhir TM Piala Malaysia 2020 selepas menundukkan Melaka United dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ifedayo Olusegun dan Sandro da Silva. Jaringan saguhati skuad Hang Tuah adalah hasil sentuhan mudah Uche Agba. Walaupun masa masih panjang, Selangor berjaya mempertahankan keputusan itu.
“Dalam 20 minit terakhir perlawanan, kami terpaksa fokus bertahan. Ini bukan gaya permainan kami tetapi kami terpaksa melakukannya kerana kami sedang mendahului,” jelas Feichtenbeiner dalam sidang media sejurus perlawanan.
Just A Few Things: Selangor Vs. Felda United
"Since Michael Feichtenbeiner took over as caretaker, there have been encouraging signs on the way Selangor plays. The signs were even more positive. Especially in the way they transition to attack."
More: https://t.co/DINWB9snaE pic.twitter.com/BBw38TzXSI
— padangbolasepak.com🇲🇾 (@padangbolasepak) October 11, 2020
“Saya gembira [dengan keputusan] dan saya katakan kepada pemain kita sebenarnya boleh bermain lebih baik daripada ini. Adakalanya anda perlu tunjuk watak yang berlainan,” tambahnya tentang mengapa Selangor tampil lebih defensif.
Sebelum aksi semalam, Selangor di bawah kendaliannya dilihat sangat berbahaya dan tajam di depan gol dengan telah meledak 16 gol dalam tiga perlawanan. Namun, semalam ia adalah Selangor berbeza, mungkin atas faktor cuaca.
Katanya mengenai hal tersebut, “Keadaan padang pada hari ini sukar buat kami untuk bermain dengan gaya permainan kami. Saya maklumkan kepada pemain mereka perlu lebih berani dan bermain dengan bijak dalam situasi begini.”
52' | GOL SANDRO!@selangorfc menggandakan kedudukan menerusi jaringan Sandro da Silva. #TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/zv4uOfuw1u
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 8, 2020
“Pada akhirnya, kami mesti menang,” tegasnya yang kemenangan adalah perkara penting dalam pertandingan berformat kalah mati sebegini. Ia bukanlah persaingan liga dan anda perlu berjuang sehingga ke wisel penamat untuk menang.
“Dalam babak pertama, saya lihat Melaka sangat berbahaya dengan banyak situasi set-pieces. Tetapi, dalam permainan biasa, kami lebih menguasai permainan,” ujarnya sambil menyatakan yang ianya perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan dengan keadaan padang, bukan hanya sukar kepada skuad kendaliannya sahaja.
“Kami cipta banyak peluang tetapi mungkin kami mengalami sedikit kesukaran untuk menyudahkannya,” ujar Feichtenbeiner mengenai kesukaran mereka namun gembira dengan keputusan yang mereka raih pada malam tadi dan mara ke suku akhir.
Selepas ini, Selangor akan bertandang pula ke Stadium Darul Aman untuk bertemu finalis musim lalu, Kedah yang telah berjaya menewaskan juara Piala Malaysia 2013 dan 2014, Pahang pada Jumaat lalu dengan keputusan 3-2.
KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC
Baca lagi artikel mengenai Michael Feichtenbeiner dan Selangor:
Selangor Sisihkan Bakat Muda? Tentunya Tidak, Kata Michael Feichtenbeiner
Selangor, UiTM Terpaksa Beraksi Di Luar Lembah Klang Kerana PKPB