MKN Umum Aksi TM Piala Malaysia 2020 Terpaksa Ditangguhkan

TM Piala Malaysia 2020

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa aksi suku akhir TM Piala Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Perkembangan terkini itu telah diumumkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri dalam satu sidang media harian berhubung perkembangan terkini serangan wabak COVID-19 itu selepas beliau menjawab pertanyaan daripada wakil Bernama tentang status perlawanan suku akhir tersebut.

Keadaan tersebut bermakna pasukan serta peminat bola sepak tempatan perlu menunggu lebih lama pengakhiran saingan trofi tertua di rantau Asia itu.

”Minta maaflah kepada peminat-peminat bola sepak, setelah dibentangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan merasakan bahawa pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton tetapi kerana ianya akan menyebabkan berlakunya sentuhan di kalangan pemain-pemain dan mereka agak lebih berbahaya kerana mereka berpeluh, basah sesama mereka.”

”Jadi, persentuhan itu boleh dianggap lebih berbahaya berbanding keadaan biasa. Kalau badminton [acara perseorangan] mungkin walaupun ada pertandingan tetapi tiada persentuhan, tetapi kalau bola memang tidak boleh dielakkan akan berlaku persentuhan.”

”Jadi, Kementerian Kesihatan memandangkan oleh kerana ianya agak berbahaya, lagipun setiap negeri telah pun ada PKPB kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sahaja sedangkan negeri lain sudah pun ada PKPB dan kita tak benarkan ada pertandingan, maka mesyuarat membuat keputusan bahawa untuk pertandingan Piala Malaysia.”

”Kita bersetuju untuk ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan kita umumkan nanti.”

”Kepada peminat bola sepak, kita bersabar, Insyaallah kita sama-sama mematuhi setiap SOP [Prosedur Standard Operasi].”

”Kementerian Kesihatan sedang melakukan yang terbaik, barisan hadapan keselamatan melakukan yang terbaik untuk memutuskan rantaian ini melalui tindakan-tindakan pematuhan SOP.”

”InsyaAllah, kalau kita dapat kurangkan dengan cepat jumlah kes yang berlaku, Isnyaallah kita akan kembali seperti biasa dan petrandingan boleh diadakan walau tanpa penonton sekalipun,” ujar beliau bercakap kepada wartawan.

Kredit featured image: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN