McDonnell: “Penyokong City Yang Ejek Milner Ada Masalah Memori”

Editor Mirror UK, David McDonnell agak pelik dengan ejekan bunyi boo oleh penyokong Manchester City kepada James Milner.

Beliau menuduh penyokong Manchester City sebagai ada masalah memori. Dalam kolum terbaru beliau, McDonnell berkata:

“Tidak lama dahulu, James Milner adalah pemain utama yang paling efisien dan boleh harap dalam pasukan Manchester City.”

“Beliau bermain di mana sahaja posisi yang dimahukan oleh pengurus.”

“Beliau menjadi pemain penting yang memberikan City 2 kejuaraan EPL dan 1 Piala FA dan 1 Piala Liga sepanjang 201 penampilan di Etihad.”

“Dia meninggalkan City selepas kelab tersebut tidak mahu menyambung kontrak beliau. Milner pergi secara percuma.”

“Ia berbeza dengan Raheem Sterling yang mendesak Liverpool menjual beliau kepada Manchester City.”

“Lebih baik mereka boo-kan Gael Clichy yang bermain sangat teruk dalam perlawanan tersebut.”

“Aksi Clichy semalam adalah selayaknya tidak mendapat kontrak baru seperti yang telah diwar-warkan.”

Dalam perlawanan di Etihad semalam, Manchester City diikat 1-1 oleh Liverpool.

James Milner mendapat layanan yang agak mengejutkan daripada penyokong City. Milner yang menjadi kapten Liverpool dalam perlawanan ini turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

Cabaran kejuaraan liga oleh City boleh dikira hampir berkubur. Manakala keputusan semalam juga meletakkan Liverpool hanya 4 mata di atas Manchester United.

United masih ada baki 2 perlawanan dalam usaha mereka mendapatkan slot ke UCL musim hadapan.

Baca juga: Pengadil Digantung Seumur Hidup Kerana Memanipulasi Perlawanan, Nampak Sangat Ke?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN