VIDEO: Terjahan Minit Akhir Ledley King Yang Cemerlang Ke Atas Arjen Robben

Suatu masa dahulu ketika Arjen Robben masih lagi beraksi di England bersama-sama Chelsea, beliau telah dinafikan satu peluang menjaringkan gol yang cukup baik dari seorang pemain handalan.

Ledley King yang merupakan ikon bagi Tottenham Hotspur telah melakukan satu terjahan yang cukup penting dalam menafikan peluang Robben dari menjaringkan gol.

Ketika aksi Tottenham Hotspur-Chelsea di White Hart Lane satu masa dahulu, Micheal Ballack telah melambungkan bola kepada Arjen Robben yang berjaya menembusi perangkap ofsaid.

Robben memecut untuk menuju ke pintu gol lawan, namun beliau tidak sedar yang King juga menghampirinya.

Lalu King menunjukkan sebab kenapa beliau dikurnia nama keluarga King yang bermaksud raja apabila datang dari belakang untuk melakukan terjahan.

Terjahan minit akhir yang cukup bersih itu berjaya menafikan Robben daripada menjaringkan gol untuk Chelsea.

Tak hairanlah kenapa beliau cukup puas apabila terjahan itu berjaya dilakukan.

All hail the King!

Baca juga: McDonell: “Penyokong City Yang Ejek Milner Ada Masalah Memori”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN