Quantcast
Pengadil Digantung Seumur Hidup Kerana Memanipulasi Perlawanan, Nampak Sangat Ke?
BERITA

Pengadil Digantung Seumur Hidup Kerana Memanipulasi Perlawanan, Nampak Sangat Ke?

Tuesday, 21 Mar 2017

Pengadil dari Ghana, Joseph Lamptey telah digantung seumur hidup oleh FIFA kerana dituduh memanipulasi keputusan perlawanan.

Ia adalah satu pertuduhan yang sangat berat untuk Lamptey.

Keputusan pelik pengadilan beliau menyebabkan Senegal tewas 2-1 di tangan  Afrika Selatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.




Joseph Lamptey telah memberikan penalti yang meragukan kepada pasukan Afrika Selatan pada minit ke-43.

Ini kerana bola Joseph Lamptey merasakan bola terkena tangan pemain Senegal, iaitu Kalidou Koulibaly.

Selepas penilaian semula oleh badan pengadilan FIFA menerusi rakaman video, ia keputusan yang sangat meragukan.

Bola terkena lutut Koulibaly dan bukannya terkena tangan. Anda boleh lihat rakaman insidden tersebut di sini.

Keputusan perlawanan tersebut tidak boleh diubah tetapi FIFA telah mengambil keputusan drastik menerusi Mahkamah Abitrati Sukan.

Maklumat lanjut tentang isu ini akan dikemaskini oleh FIFA dalam masa terdekat.

Pembantu pengadil, David Laryea, yang juga dari Ghana terlepas daripada hukuman FIFA.

 

Joseph Lamptey yang juga merupakan pengadil ketika Piala Dunia Brazil menyatakan beliau terkejut dengan keputusan FIFA itu.

Persatuan Bola Sepak Senegal yang membuat laporan tentang Lamptey gembira dengan keputusan FIFA dan menganggap ia memang pengadilan yang sangat teruk.

Baca juga: Conte Bergayut Seperti Budak-Budak Kerana Terlalu Gembira ‘Perjudian’ Mendapat Pulangan

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Pengadil Digantung Seumur Hidup Kerana Memanipulasi Perlawanan, Nampak Sangat Ke?



Berita Bola Yang Menarik