Gianluigi Buffon: “Manuel Neuer Adalah Penjaga Gol Moden Terbaik”

Penjaga gol lagenda, Gianluigi Buffon tidak mahu berselindung tentang kekaguman beliau terhadap Manuel Neuer. Buffon memberitahu hal itu kepada editor majalah Kicker.

Buffon dianggap antara penjanga gol terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak dunia.

Penjaga gol berusia 39 tahun ini juga sudah merentasi banyak dekad dalam karier beliau.

Namun Gianluigi Buffon menagkui dia sangat mengagumi cara permainan Neuer sebagai sweeper-keeper.

Neuer tidak hanya duduk di dalam kotak gol beliau, sebaliknya dia akan keluar membantu pertahanan dan memusnahkan hantaran lawan.

Gigi Buffon berkata:

“Dia adalah penjaga gol yang hebat dan luar biasa. Memiliki fizikal yang terbaik dan ada keyakinan diri yang sangat tinggi.”

“Ketenangan beliau di dalam padang memberikan keyakinan kepada pasukan beliau. Neuer juga sangat hebat mengendalikan bola di kaki beliau.”

“Selain itu, Neuer kerap melakukan aksi menyelamat yang mustahil.”

“Neuer memiliki era beliau sendiri dan dia adalah yang terbaik pada era beliau untuk kategori penjaga gol moden sejak beberapa tahun ini.”

Kedua-dua penjaga gol ini akan beraksi dalam perlawanan besar UCL selepas ini. Jadi, mereka sudah pasti menjadi antara instrumen penting dalam pasukan masing-masing.

Gigi Buffon dan Juventus akan berhadapan dengan Barcelona. Manakala Bayern Munich dan Neuer pula akan berhadapan dengan pasukan Real Madrid.

Baca juga: Video: Sepakan Percuma Yang Sangat Cantik Dari Griezmann

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN