Masih Tiada Pasukan Yang Tawarkan Nidzam Jamil Kerja?

nidzam-jamil-felda-united-liga super-2020

Sesetengah pasukan bergelut mencari pengendali berlesen Pro AFC seperti Penang FC dan Sabah FC, tetapi Nidzam Jamil pula masih tiada pasukan musim depan.

Itulah yang sedang dilalui oleh bekas pengendali FELDA United itu apabila sehingga kini beliau masih belum secara rasmi akan mengendalikan mana-mana pasukan untuk saingan musim hadapan walaupun memiliki kelayakan sepatutnya.

Beliau berkongsi secara berseloroh di Twitternya, “Wife suruh repair kerusi kayu patah kat umah,saya jawab kerek,do I look like a carpenter? I’m a football coach la“. She replied, “bukan ke awak takde team season ni? so, dah boleh belajar jadi carpenter la“.”

Boleh dianggap sebagai antara jurulatih muda berbakat di Malaysia dan memiliki kelayakan untuk mengendalikan pasukan Liga Super, ini sepatutnya tidak berlaku.

Pasukan seperti Penang FC dan Sabah FC sebelum ini mengalami masalah apabila pengendali mereka tidak memiliki kelayakan untuk mengendalikan pasukan apabila meraih promosi ke Liga Super. Bukankah sepatutnya pasukan Liga Premier perlu bersedia lebih awal dengan melantik pengendali yang memiliki lesen Pro AFC?

Mengambil contoh seperti Penang FC, Manzoor Azwira diketahui sangat serasi dengan pasukan dan mereka melalui musim yang cemerlang apabila hanya tewas sekali di Liga Premier 2020. Selain itu, Harimau Kumbang turut merekodkan 20 perlawanan tanpa kalah sejak pertengahan musim 2019 – di bawah Manzoor Azwira.

Jadi, apabila meraih promosi pada 2019 – walaupun dinafikan akibat masalah teknikal, pihak pengurusan wajar mengambil tindakan segera dengan menghantar pengendali berpotensi itu menyertai kursus Pro AFC. ‘Sediakan payung sebelum hujan’.

Kini, mereka ‘terpaksa’ menurunkan pangkat pengendali berbakat itu kepada penolong jurulatih pengendali baharu, Tomas Trucha, yang belum diketahui, adakah memiliki sentuhan yang sama seperti Manzoor Azwira – yang telah memberikan kejuaraan pertama Liga Premier buat mereka pada penghujung musim 2020 yang lalu.

Kembali kepada Nidzam Jamil, sebelum ini, terdapat beberapa khabar angin mengenai masa depannya seperti diintai beberapa pasukan antaranya Kuching City FC, Sarawak United dan juga Sri Pahang FC. Namun, belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

Walaubagaimanapun, Kuching City dan Sarawak United dilihat sudah pun melantik pengendali, sementara Sri Pahang dikhabarkan lebih mengutamakan jurulatih asing.

KREDIT FEATURED IMAGE: FELDA UNITED FC

Baca lagi artikel mengenai Nidzam Jamil:

Nidzam Jamil: Sudah Tahu Awal, Tiada Isu Sedih Melampau

Nidzam Jamil: Jurulatih Perlu Kreatif Cipta Latihan Bersesuaian

Selangor Perlu Dapatkan Nidzam Jamil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN