Koeman: Pemain Tak Fokus Punca Barcelona Seri Dengan Valencia

Barcelona Lionel Messi 2020

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman tidak berpuas hati dengan pemainnya yang dianggap kurang fokus sehingga melepaskan dua gol menyebabkan pasukan tersebut terikat 2-2 dengan Valencia dalam aksi La Liga pada Sabtu.

Keputusan tersebut menyaksikan kelab Catalan itu terus tercicir mata dan kini telah ketinggalan lapan mata dengan pendahulu liga Atletico Madrid yang turut mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Barca yang beraksi di gelanggang sendiri terlebih dahulu dibolosi pada minit ke-29 apabila sepakan penjuru Carlos Soler mudah ditanduk masuk oleh Mouctar Diakhaby yang tidak dikawal.

Valencia hampir menambah gol kedua pada penghujung babak pertama, namun tandukan Maximiliano Gomez diselamatakan oleh penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen.

Hanya seminit selepas itu, pasukan tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti selepas Antoine Griezmann dijatuhkan di hadapan gol oleh Jose Gaya.

Sepakan penalti Lionel Messi pada mulanya diselamatkan oleh penjaga gol, Jaume, nanti beliau bernasib baik apabila dapat menjaringkan gol dengan dengan tindakan susulan selepas itu.

Bersambung aksi selepas rehat, Barca terus garang menjaringkan gol kedua menerusi sepakan guntimg pemain mudanya, Ronald Araujo pada minit ke-52.

Tetapi Valencia tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah Gomez dan minit ke-69 dan menahan asakan demi asakan sehingga tamat perlawanan.

“Ia perlawanan yang sukar untuk kami, walaupun kami dapat bangkit selepas ketinggalan, tetapi tidak fokus untuk pertahankan kelebihan dan kemudian pasukan lawan yang dapat bertahan dengan baik,” ujar pengurus warga Belanda itu dalam sidang media.

Namun Koeman tetap optimis Barcelona masih mampu menjadi pencabar kejuaraan pada musim ini kerana persaingan musim ini masih panjang.

Dalam perlawanan ni, Lionel Messi turut berjaya menyamai rekod milik  Pele yang mengumpul 643 gol bersama satu kelab di mana legenda Brazil tersebut lakukan bersama Santos.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Ini ‘Manifesto’ Calon Presiden Barcelona Tentang Masa Depan Lionel Messi

David Beckham Hampir Jadi Pemain Barcelona Sebelum ‘Disailang’ Real Madrid

Barcelona Mungkin Tukar Nama Nou Camp Kepada ‘Stadium Leo Messi’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN