Ronald Koeman: VAR Hanya Digunakan Untuk ‘Menentang’ Barcelona

Ronald Koeman

Pengendali Barcelona, Ronald Koeman meluahkan rasa kekecewaannya apabila keputusan Video Assistant Referee (VAR) dilihat  seringkali tidak memihak skuad bimbingannya.

Lebih perit untuk ditelan, keputusan VAR juga telah memberikan sepakan penalti buat Real Madrid pada pertembungan El Clasico sekali gus memberikan peluang buat Sergio Ramos bagi kembali meletakkan Los Blancos di hadapan.

Ia susulan kekasaran pemain pertahanan, Clement Lenglet yang didakwa menarik ketua pasukan Real Madrid itu dalam kawasan penalti Barcelona.

Keadaan itu jelas meruntuhkan moral para pemain Barcelona yang kemudiannya sekali lagi hampa susulan jaringan ketiga Luka Modric untuk perlawanan berkesudahan 3-1 memihak Real Madrid.

Sehubungan dengan itu, Koeman melihat penggunaan VAR pada ketika ini hanya untuk ‘menentang’ Barcelona dan beliau jelas berang dengan apa yang sedang dihadapi skuad bimbingannya itu.

”Kami tidak bersetuju, itu bukannya sepakan penalti [buat Real Madrid]. Saya berharap satu hari nanti dapat dijelaskan kepada saya berhubung isu VAR di Sepanyol.”

”Kami telah melalui lima perlawanan dan VAR hanya digunakan untuk ‘menentang’ Barcelona,” ujar Koeman menurut laporan Goal.

”Baik sepakan penalti Messi bertemu Sevilla atau dua kekasaran kad merah ketika bertemu Getafe. Kenapa VAR hanya digunakan untuk menentang Barca?”

”VAR boleh menjadi hebat, tetapi kepada semua pasukan.”

”Saya belum bercakap dengan Lenglet tetapi saya melihat insiden itu. Ramos terlebih dahulu melanggar Lenglet. Memang ada tarikan daripada Lenglet tetapi ia tidak cukup untuk membuatnya terjatuh seperti dilakukannya [Ramos]. Sekali lagi, bagi saya ia bukan penalti.”

”Perkara biasa buat pemain Madrid untuk memberikan tekanan buat pengadil, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut.”

”Pengadil dan VAR membuat keputusan itu pada saat-saat penting dalam perlawanan,” tambah Ronald Koeman lagi.

Kredit featured image: David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai El Clasico:

El Clasico: Real Madrid Gah Kuasai Bumi Catalan

Lionel Messi Jadi Punca Real Madrid Hilang Dominasi Di El Clasico

Previu El Clasico: 5 Pertembungan Individu Yang Perlu Diberi Perhatian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN