Pirlo Dah Jumpa ‘Ramuan’ Terbaik Untuk Juventus

Andrea Pirlo Juventus

Sakalipun berdepan dengan permulaan yang agak perlahan selepas mengambil alih Juventus pada awal musim ini, Andrea Pirlo kini percaya beliau telah pun jumpa cara terbaik untuk pasukannya menampilkan aksi terbaik bagi mengejar kejuaraan.

Sebelum meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Parma pada Sabtu, Juventus hanya mencatat enam kemenangan dalam 12 perlawanan dan enam perlawanan lagi seri yang menyebabkan kelab Turin berkenaan keciciran banyak mata.

Namun Pirlo menjelaskan, sekalipun beliau dianggap ‘mentah’ dalam bidang kejurulatihan, namun pembelajaran buatnya telah pun tamat dan kini telah bermula proses pembentukan skuad terbaik yang bersedia untuk menang dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Inilah Juventus yang saya nak tengok, kite perlu menang perlawanan demi perlawanan dan kami berjaya melakukannya ketika berdepan Parma,” ujar jurulatih berusia 41 tahun itu yang kecewa pasukannya terikat 1-1 dengan Atlanta dalam perlawanan sebelum ini.

“Kini telah tercapai apa yang  saya mahukan, walaupun agak lambat. Dalam perlawanan ini saya suka apa yang kami lakukan, apabila pihak lawan mendapat bola, kami agresif memberikan tekanan dan kembali mendapat penguasaan bola dan mengawal permainan.

“Apa yang penting adalah pemain mengekalkan sikap ini dalam setiap perlawanan, sama ada berdepan pasukan besar seperti Barcelona atau Parma, kami perlu menguasai permainan.”

Pemenang Piala Dunia 2006 itu turut memuji penyerangnya Alvaro Morata selepas penyerang Sepanyol itu terus mempamerkan bisanya di hadapan gol dengan menyumbang gol keempat pasukan.

“Secara psikologinya, kini dia berada dalam keadaan yang sangat baik dan dia boleh melakukan apa sahaja sekalipun berdepan dengan pelbagai kritikan sebelum ini,” kata Pirlo lagi.

Juventus kini berjaya merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga AC Milan dengan hanya ketinggalan satu mata untuk berada di tangga ketiga liga dengan 27 mata selepas 13 perlawanan.

Untuk perlawanan seterusnya, Juventus akan berdepan Fiorentina di tempat sendiri pada Rabu sebelum berehat untuk cuti Krismas.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Andrea Pirlo dan Juventus:

Pirlo: Messi Pemain Hebat Tetapi Mungkin Dia Ada Masalah Psikologi

Mula Dihujani Kritikan, Adakah Pirlo Tidak Cukup Layak Bimbing Juventus?

Andrea Pirlo Nafi Beri Layanan Istimewa Buat Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN