Manchester United Perlu Dapatkan N’golo Kante, Jika Mahu Jadi Pencabar Liga

N'golo Kante Chelsea Manchester United Pencabar Premier League

Manchester United dikatakan akan mampu jadi pencabar kejuaraan Premier League jika mengambil langkah mendapatkan N’Golo Kante daripada Chelsea.

Pemain tengah itu kurang mendapat kepercayaan pengendali Chelsea, Frank Lampard untuk mengemudi jentera tengah dan menurut pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend, pemain itu sangat sesuai untuk bersama Man United.

Keperluan untuk pemain tengah bertahan

“Dia merupakan pemain terbaik di dunia untuk posisi tersebut. Dan sekiranya, dia pergi ke Manchester United, dia akan menjadikan mereka salah satu pasukan pencabar kejuaraan liga,” ujar Townsend kepada talkSPORT.

Man United baru sahaja mengesahkan kemasukkan pertama pemain baharu mereka musim ini, Donny van de Beek dengan nilai perpindahan £35 juta daripada Ajax dan akan berebut tempat bersama Paul Pogba dan Bruno Fernandes.

Ataupun mungkin sahaja, beliau akan bergandingan bersama kedua-dua bintang sensasi The Red Devils itu. Namun, Townsend merasakan keperluan untuk mereka mendapatkan seorang pemain tengah bertahan untuk membantu benteng.

Tambahnya, “Pada saya, 100 peratus, posisi terbaiknya adalah di depan benteng, menjaga posisi tengah itu, seperti dinding buat benteng dan jentera tengah.”

Beri Pogba dan Fernandes kebebasan menyerang

“Bukan sahaja disebabkan N’Golo Kante [pencabar kejuaraan], tetapi ini akan memberikan Paul Pogba dan Bruno Fernandes lebih kebebasan untuk naik menyerang di atas,” jelas pemain yang kini berusia 29 tahun itu lagi.

Mengulas mengenai khabar angin hasrat Chelsea untuk melepaskan Kante bagi memberi ruang kepada bakal pemain baharu mereka, Declan Rice, Townsend mengharapkan Kante masih ada tempat bersama skuad The Blues.

https://twitter.com/BINLADEN2ND/status/1300562331898990593

Katanya, “Mungkin Frank sama sahaja seperti [Maurizio] Sarri yang kurang melihatkan posisi tersebut [pemain tengah bertahan] untuk bersaing di Premier League. Mungkin dia mahu pasukan yang lebih menyerang.”

Di bawah kendalian Frank Lampard, Kante dilihat beraksi di posisi lebih menyerang di mana ianya bukanlah posisi terbaik buat pemain asal Perancis itu.

Penutup

Adakah benar N’golo Kante sudah tiada tempat bersama Chelsea? Dan adakah ini peluang untuk Manchester United mengukuhkan posisi tersebut menjelang saingan musim hadapan? Ingat, bak kata Townsend, dia adalah yang terbaik.

Apa agaknya pendapat penyokong The Red Devils dan The Blues dengan cadangan Andros Townsend ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai N’Golo Kante dan Man United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN