RASMI: Donny Van De Beek Milik United

Donny van de Beek United 2

Manchester United akhirnya melengkapkan pembelian pertamanya musim ini dengan mendapatkan Donny van de Beek dari Ajax dengan harga £35 juta (RM193 juta) berserta £5 juta bonus tambahan.

Pemain berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga Jun 2025 selepas menyelesaikan pemeriksaan perubatan di Belanda pada Isnin.

Van de Beek akan membuat perjalanan ke England selepas selesai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Belanda yang akan menentang Poland pada 4 September dan kemudian Itali pada 7 September.

Dengan menyelesaikan rundingan sebelum tarikh tersebut, beliau tidak perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan boleh beraksi untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama United pada 19 September ini menentang Crystal Palace.

Menyertai Ajax sejak berusia 11 tahun, Van de Beek telah menjaringkan 41 gol dan menyumbang 34 bantuan jaringan daripada 175 penampilan dalam semua pertandingan dan telah membantu pasukan tersebut menjuarai Eredivisie pada musim 2018/19.

Dalam ucapannya, Van de Beek tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila mendapat peluang menyertai kelab yang penuh dengan sejarah kegemilangan.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua pihak di Ajax, tempat saya membersar dan saya akan sentiada ada hubungan yang istimewa dengan kelab tersebut. Tetapi kini saya sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam karier saya dan tiada standard yang lebih tinggi daripada Manchester United.

“Semua orang telah menceritakan kepada saya bertapa hebatnya suasana di Old Trafford dan saya kini tidak sabar untuk mengalaminya apabila keadaan sudah selamat untuk penyokong kembali ke stadium satu hari nanti.

“Pasukan ini ada beberapa pemain tengah terbaik di dunia dan saya beruntung dapat peluang untuk belajar daripada mereka dan membawa kekuatan saya ke dalam kumpulan ini.

Sementara itu, Ole Gunnar Solskjaer dalam komennya mengenai rekrut terbaharunya itu percaya kelebihan yang dimiliki pemain muda Belanda itu akan menambah lagi kreativiti dan kualti di bahagian tengah United.

Dalam perkembangan lain, rundingan untuk mendapatkan Jadon Sancho kini tergantung ekoran harga yang diminta oleh Borussia Dortmund terlalu tinggi dan dianggap tidak munasabah.

Kredit Foto: Manchester United

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN