7 Ramalan Yang Akan Berlaku Dalam Premier League Musim 2020/21

Pada musim Premier League lepas, ramalan juara yang kami buat (Manchester City) meleset sama sekali. Itulah penangan Premier League. Ia penuh dengan kejutan, drama dan aksi bola sepak berkelas dunia.

Ramai yang meramalkan Liverpool dan Manchester City akan bersaing sengit untuk merebut kejuaraan Premier League. Tetapi tiada siapa menjangkakan Liverpool akan mempamerkan persembahan hampir sempurna untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun.

Tiada siapa yang menjangkakan Sheffield United yang baru dipromosi akan bersaing sengit merebut slot ke Eropah.

Tiada siapa yang menjangkakan Arsenal akan memecat Unai Emery pada pertengahan musim.

Sempena musim Premier League 2020/2021 yang bakal bermula 12 September nanti, kami bertanya pengikut kami di Twitter (@mysemuanyabola) – apakah ramalan mereka mengenai musim baharu nanti?

1. Chris Wilder dan Sheffield United akan bergelut

Meskipun tidak diberikan harapan oleh media pada awal musim lepas, Sheffield United berjaya mengejutkan ramai pihak. Menamatkan saingan liga di tangga ke-9 mungkin akan mengecewakan pengurusnya, Chris Wilder yang pada satu ketika dilihat mampu membawa The Blades beraksi di Eropah pada musim 2020/2021.

Tetapi bagi sebuah pasukan yang baru dipromosi, ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Cuma kami menjangkakan The Blades akan mengalami kesukaran mengulangi pencapaian ini pada musim baharu nanti. Pendapat sama turut dikongsi oleh Adam Carruthers, penyampai Astro Supersport.

Pasukan Premier League akan lebih bersedia menghadapi sistem 3-5-2 Wilder serta bahaya fizikaliti John Lundstram dan Oliver McBurnie. Walaupun penjaga gol baharu mereka, Aaron Ramsdale adalah pemain berkualiti, persoalan sama ada kualiti beliau boleh menyamai Dean Henderson masih perlu dijawab.

2. Leeds United ikut jejak Aston Villa

Persoalan yang pastinya ramai peminat Premier League akan tanya adalah: adakah Leeds akan ikut jejak Sheffiled United? Atau Aston Villa? Atau lagi teruk, Norwich City?

Semuanya bergantung kepada secepat mana pemain termahal mereka, Rodrigo, mampu cepat menyesuaikan diri. Bukan sahaja dengan taktikal menyerang pengurus Marcelo Bielsa, malah dengan cuaca dan iklim bola sepak England. Robin Koch yang menggantikan Ben White juga perlu melakukan perkara sama.

3. Man United akan dapat paling banyak penalti

Sebanyak 11 penalti dihadiahkan kepada Manchester United pada musim lepas. Ia menjadikan United pasukan paling banyak mendapat penalti di Premier League dalam satu musim, kurang dua sahaja untuk memecah rekod Crystal Palace (2004/2005) dan Leicester City (2015/2016).

Ditambah pula dengan ketibaan Donny van De Beek yang menurut statistik, pemain paling banyak mendapatkan penalti di Eredivisie pada musim lepas. Besar kemungkinan kita akan dapat menyaksikan lebih banyak aksi penalti lompat Bruno Fernandes di TV nanti.

Bercakap mengenai aksi penalti lompat Bruno Fernandes di TV…

…tahukah anda bahawa anda boleh menyaksikan aksi slow-motion Bruno Fernandes mengambil penalti dalam siaran langsung 4K UHD menerusi Astro Ultra Box?

Dan tahukah anda 4K UHD menawarkan kejelasan dan ketajaman empat kali lebih tinggi dari HD?

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro, menjelaskan mengenai kelebihan Ultra Box untuk peminat bola sepak di Sunway Pyramid (Foto: Syamil Rosli)

Kemudian anda boleh gabungkan juga Ultra Box dengan jalur lebar Astro. Ini membolehkan anda berinteraksi dan menstrim kandungan menerusi On Demand, merakam beberapa perlawanan siaran langsung secara serentak di Cloud Storage dan memainkan semula perlawanan siaran langsung!

Ok, sekarang kita kembali semula kepada ramalan kami seterusnya.

4. Everton kuda hitam

Ketibaan Carlo Ancelotti di Goodison Park menandakan Everton mempunyai hajat untuk keluar dari bayang-bayang Liverpool. Tetapi tanpa pemain berkelas dunia, sukar bagi Ancelotti untuk melakukan kerjanya. Ini menjelaskan sebab mereka sekadar menamatkan saingan liga di tangga ke-12 pada musim lepas.

Tetapi pada musim baharu ini, lain ceritanya. Khabar pembelian James Rodriguez (Real Madrid), Allan (Napoli) dan Abdoulaye Doucoure (Watford) jelas memberitahu dunia hasrat Everton untuk keluar dari kelompok mid-table. Jika ketiga-tiga pemain ini berjaya ditandatangani, Everton ada potensi menjadi kuda hitam dalam liga.

5. Klopp vs Pep lagi

Walaupun Chelsea, Arsenal dan Manchester United sedang berusaha menguatkan skuad mereka, namun dijangka persaingan merebut kejuaraan masih lagi tertumpu kepada Liverpool dan Manchester City.

Liverpool dan Manchester City jelas berada di satu tahap yang berbeza berbanding yang lain. Majoriti pemain Jurgen Klopp sedang berada di puncak prestasi. Jika Thiago berjaya dipikat dari Bayern Munich, jentera tengah The Reds akan mendapat kenaikan taraf.

Pep Guardiola pula memilih untuk memperkuatkan pertahanan menerusi ketibaan Nathan Ake. Meskipun kehilangan Leroy Sane, The Cityzens masih lagi mempunyai alternatif muda dan berbakat seperti Ferran Torres dan Phil Foden. Ini belum lagi diambil kira dengan kemungkinan Lionel Messi menyertai mereka!

6. United, Chelsea, Arsenal, Spurs lengkapkan Top 6

Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur sekali lagi bakal terbabit dalam saingan merebut 4 lagi slot Eropah.

Menarik untuk disaksikan bagaimana Jose Mourinho akan membawa Tottenham Hotspur dalam musim penuh pertama beliau sebagai pengurus sebagaimana Mikel Arteta di Arsenal.

Meskipun Chelsea sedang rancak membeli pemain baharu, persoalan yang masih perlu dijawab adalah mampukah Frank Lampard menggabungkan kesemua bintang-bintangnya menjadi sebuah pasukan terulung England? Atau adakah mereka akan dibayangi oleh skuad Ole Gunnar Solskjaer?

7. VAR buat hal lagi

Sejak diperkenalkan penggunaan secara penuhnya di Premier League pada musim lepas, Video Assistant Referee (VAR) tetap mengundang pelbagai kontroversi. Mangsa terbesar VAR di Premier League pada musim lepas adalah Norwich yang kehilangan 7 mata. Sementara itu penerima manfaat terbesarnya adalah Brighton (8 mata) dan Man United (7 mata).

Walaupun objektif kewujudan VAR adalah untuk melenyapkan kontroversi keputusan pengadil, kami masih lagi menjangkakan ia akan terus berlegar-legar.

Saksikan Premier League di Astro dan Astro GO!

Saksikan sama ada ramalan kami ini menjadi atau tidak dengan menonton kesemua 380 perlawanan Premier League secara eksklusif melalui televisyen di Astro dan melalui telefon pintar di aplikasi Astro GO.

Dengan Astro GO, anda tidak akan ketinggalan lagi untuk menonton siaran langsung Premier League dan boleh strim program Premier League secara eksklusif di On Demand pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Dengan kemunculan semula siaran secara langsung acara sukan, Astro bukan sahaja dapat menyiarkan semula Premier League, malah juga aksi La Liga, Ligue 1 dan Serie A, serta acara lain termasuk Formula 1, Moto GP, UFC, NBA dan banyak lagi.

Astro memperkenalkan musim baharu Premier League bersama legenda Manchester United, Gary Neville secara dalam talian di Sunway Pyramid. Dari kanan ke kiri: Lee Choong Khay, Euan Smith, Adam Carruthers, Reem Shahwa. (Foto: Astro)

Selain itu, Astro juga menyediakan 500 jam program sokongan seperti Fanzone, The Kelly & Wrighty Show, Premier League Daily, program pra-perlawanan, analisis dan sorotan perlawanan.

Anda kini boleh menikmati nilai tontonan lebih tinggi dan fleksibel dengan adanya peluang memilih untuk menambah Pek Sukan dari mana-mana Pek Starter, yang membolehkan peminat menonton acara sukan global di sebelas (11) saluran berdefinisi tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Sukan Astro, layari www.astro.com.my.

Leave a Reply