Siapakah Pemain Tanpa Kaps England Yang Gareth Southgate Akan Turunkan?

Gareth Southgate England

Nampaknya, pengendali England, Gareth Southgate tidak keberatan untuk berikan peluang kepada pemain-pemain baharu turun beraksi menentang Iceland.

England akan turun menentang Iceland dalam saingan pembukaan Nations League pada awal pagi nanti di Reykjavik dengan Southgate memiliki beberapa pemain yang kali pertama mendapat panggilan bersama skuad The Three Lions.

Tujuh pemain belum ada kaps dengan England

“Kita telah melihat segalanya dalam sesi latihan dan saya tidak teragak-agak untuk menurunkan mana-mana pemain yang ada bersama kita ketika ini,” tegas Southgate dalam sidang media menjelang sepak mula menentang Iceland nanti.

Nampaknya pengendali berusia 50 tahun itu berpuas hati dengan pemain yang telah dipanggilnya dan sudah tentunya ini termasuklah dua pemain termuda seperti Mason Greenwood dan Phil Foden. Namun, tiada nama diberikan olehnya.

Tetapi seperkara yang disebutnya mengenai pemain yang belum memiliki kaps antarabangsa yang berpeluang bermain selain Greenwood dan Foden adalah, “Mereka berdua adalah daripada sekumpulan pemain muda yang sangat menarik.”

Selain dua pemain itu, terdapat lima lagi pemain yang belum meraih kaps bersama England di dalam skuad yang dibawanya untuk dua aksi Nations League iaitu Dean Henderson, Conor Coady, Ainsley Maitland-Niles, Kalvin Phillips dan Jack Grealish.

Maitland-Niles paling berpeluang untuk turun?

Siapa yang berpeluang? Melihatkan situasi pada ketika ini, Southgate dikhabarkan akan menggunakan formasi 3-5-2 atau 3-4-3 dengan bek bertiga sebagai tunjang utama di bahagian benteng. Oleh itu, Maitland-Niles bakal mendapat tempat.

Bek sayap kiri Arsenal itu satu-satunya yang boleh bermain di seksyen tersebut di dalam skuad yang dikatakan tanpa bek kiri sejati ini. Beliau adalah pemain tengah yang menggunakan kaki kanan tetapi bermain di bek sayap kiri untuk Mikel Arteta.

Selainnya, peluang seimbang untuk pemain-pemain lain. Ini kerana, tidak mungkin Southgate akan memperjudikan Conor Coady terlalu awal tetapi ia dilihat tidak mustahil. Pemain itu dilihat sangat berkesan dengan formasi bek bertiga di Wolves.

Untuk posisi lain dirasakan tiada kejutan ketara walaupun skuad kali ini dipenuhi dengan tenaga muda dan juga pemain-pemain senior yang dahagakan kejayaan. Jack Grealish? Dengan panggilan saat akhir, beliau dilihat bukanlah pilihan utama.

Iceland tanpa enam tonggak, peluang buat England

Begitupun, berdepan Iceland yang dikhabarkan tanpa enam pemain utama termasuklah Gylfi Sigurdsson dan Johann Berg Gudmundsson, Southgate boleh bereksperimen dengan formasi dan senarai pemain yang dimilikinya ketika ini.

Pemain seperti penjaga gol, Dean Henderson yang sangat cemerlang dalam saingan Premier League bersama Sheffield United dengan rekod 13 clean sheets dan hanya dibolosi 33 gol boleh diberikan peluang mengatasi Jordan Pickford.

Kalvin Phillips yang hanya berpengalaman di saingan Championship bersama Leeds United juga mungkin boleh dicuba. Berusia 24 tahun, beliau adalah kejutan terbesar skuad kali ini dan merupakan anak didik pengendali, Marcelo Bielsa.

Jika Southgate memilih formasi dengan lima pemain tengah, kemungkinan buatnya untuk menyarung jersi England buat kali pertama adalah sangat besar dengan satu-satunya saingannya di posisi itu adalah pemain West Ham, Declan Rice.

Penutup

Apakah percaturan Gareth Southgate kali ini? Berdepan Iceland mungkin adalah perlawanan paling sesuai buatnya untuk kembali menguji formasi dengan bek bertiga yang kali terakhir digunakan England ketika Piala Dunia 2018 lalu.

Bagaimana pendapat pembaca. Siapa yang dirasakan akan meraih kaps pertama bersama The Three Lions? Satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai England dan Gareth Southgate:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN