TMJ Sasar Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

Tunku Mahkota Johor (TMJ) mensasarkan untuk pasukan negara layak ke saingan Piala Dunia untuk edisi 2026.

Bercakap kepada Fox Sports dalam satu temu bual eksklusif, TMJ berasakan itu adalah sasaran yang realisitik untuk pasukan negara mara ke kejohanan tersebut pada tahun tersebut.

Lakukan sekarang

Ketika ditanya mengenai peluang negara ke Piala Dunia 2026, TMJ berasa pasukan negara mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang bertanding di pusingan akhir kejohanan.

“Saya sudah beritahu kepada mereka (Exco FAM) mengenai Piala Dunia 2026, dan kita perlu lakukannya sekarang.”

“Saya percaya jika kita sudah lakukan perubahan-perubahan positif sekarang, kita mungkin ada peluang untuk sertai Piala Dunia 2026.”

Gambar: Ahmad Fadali/Asiana

Bagi TMJ, sasaran untuk ke Piala Dunia 2026 bukanlah satu sasaran yang tidak realiti dan tak boleh dicapai.

“Saya yakin yang kita mampu ke Piala Dunia 2026. Ia bukan satu perkara yang tak boleh kita capai, kita mampu capai.”

Pelan jangka panjang

Sasaran untuk ke Piala Dunia adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang TMJ untuk bola sepak negara.

Walaupun masih berbaki 9 tahun lagi sebelum 2026, untuk mencapai misi tersebut gerak kerja perlulah dilakukan dengan segera.

“Untuk ke Piala Dunia 2026, ia adalah sasaran jangka masa panjang kita.”

“Sebab itu kita perlu kerja keras sekarang, tukar struktur, mentaliti dan juga pemikiran yang ada sekarang.”

“Pokoknya, kita harus mengubah segalanya.”

Piala Dunia 2026 menyaksikan perubahan format dengan 48 pasukan akan bertanding di pusingan akhir kejohanan.

Slot untuk pasukan Asia akan ditambah dari 4.5 pasukan pada format sekarang kepada 8 pasukan.

Baca juga: Penyokong Bola Sepak Malaysia Perlu Buat Keputusan: Kebanggaan Negeri Atau Negara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN