Peter Odemwingie Sah Sertai Kelab Indonesia Madura United

Bekas pemain West Bromwich Albion, Peter Odemwingie kini sah bergelar pemain kelab Indoneisa – Madura United.

Beliau kini menyertai pemain-pemain terkenal dunia seperti Michael Essien dan juga Carlton Cole yang menyertai satu lagi kelab Indonesia – Persib Bandung.

Odemwingie hadir sebagai salah seorang pemain yang bereputasi besar apabila Madura United menandatangani beliau sebagai marquee player Madura United.

“Terima kasih kepada Madura United yang memberikan saya peluang untuk beraksi dalam kancah bola sepak Indonesia,” kata beliau ketika majlis pengenalan sebagai pemain Madura United di Jakarta.

“Apa yang saya lihat adalah Liga Indonesia kini sedang menuju ke arah yang cukup baik dan kerana itu saya datang ke sini.”

Siapakah Madura United?

Madura United atau singkatanya MU (jangan tertukar dengan Melaka United & Manchester United ya!) adalah sebuah kelab Liga 1 Indonesia yang merupakan liga tertinggi di sana.

Madura Uniteda merupakan kelab yang berpengkalan di Pamekasan – sebuah daerah di yang terletak di Madura, Jawa Timur.

Kelab ini ditubuhkan sekitar tahun 1986 dengan nama Pelita Jaya, kemudiannya dinamakan sebagai Madura United pada Januari tahun lalu.

Pasukan yang merupakan bekas pasukan kepada penyerang kebangsaan, Safee Sali telah 11 kali menukar nama mereka sejak ia ditubuhkan.

Antaranya yang paling diingati adalah Pelita Mastrans (1997), Pelita Jaya Purwakarta (2006-2007), Pelita Jaya Karawang (2010–2012) dan Persipasi Bandung Raya (2015).

Sepanjang penubuhannya, Madura United menukar nama sebanyak 11 sekali kerana pelbagai sebab.

Hal ini adalah kerana pertukaran pemegang taruh (stakeholder) serta pertukaran homebase mereka di beberapa tempat seperti bandar Solo, Karawang dan juga Bandung.

Apa-apa pun, semoga berjaya buat Peter Odemwingie!

Baca juga: Carlton Cole Sah Sertai Kelab Indonesia Persib Bandung

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN