Cristiano Ronaldo Terkejut Ketika Sir Alex Mahukannya Memakai Jersi Nombor 7

Cristiano Ronaldo mendedahkan beliau terkejut apabila diberikan jersi nombor 7 oleh Sir Alex Ferguson.

Beliau pada awalnya meminta untuk memakai nombor 28 ketika mulai menyertai Manchester United. Ronaldo berkata:

“Saya terkejut apabila Sir Alex Ferguson mahukan saya memakai jersi nombor 7. Saya mahu memakai nombor 28.”

“Beliau pula mahu saya mengikut jejak pemain seperti George Best, Eric Cantona dan David Beckham.”

“Sir Alex berkata, dengar sini, saya nak awak pakai no.7.”

“Saya memang suka untuk memakai no.7. Cuma saya sedikit terkejut kerana saya tahu jersi no.7 Manchester United telah dipakai oleh ramai pemain yang hebat.”

Cirstiano Ronaldo menyertai Manchester United pada usia 18 tahun ketika itu dari Sporting Lisbon pada 2003.

Sepanjang di Old Trafford, Ronaldo telah memenangi 3 gelaran EPL dan 1 UCL. Aksi cemerlang beliau di United turut membolehkan beliau memenangi Ballon d’ Or pertama dalam karier.

Ronaldo kemudian berkembang menjadi bakat sensasi dalam bola sepak global. Beliau berhijrah ke Real Madrid dengan nilai perpindahan £80 juta.

Ronaldo mengakui, tanggungjawab berat untuk memakai jersi no.7 antara sebab beliau lebih serius dalam latihan dan cuba memperbaiki diri.

Beliau juga berpendapat, Manchester United adalah tempat yang telah mengajar beliau banyak perkara telah menikmati pelbagai kejayaan indah.

“Ianya adalah titik tolak kepada kejayaan saya dalam bola sepak. Saya bukan sahaja berusaha meningkatkan skil bola sepak, malah saya turut meningkatkan kondisi fizikal saya.”

“Sepanjang 5 tahun saya di Manchester United, saya telah belajar tentang seni bola sepak. Banyak kejayaan yang kami kecapi bersama. Ia ibarat mimpi dalam hidup saya.”

Adakah anda rasa Cristiano Ronaldo adalah pemain dengan jersi nombor 7 terbaik dalam sejarah Manchester United?

Baca juga: Mauricio Pochettino Ajak Pemain-Pemain Beliau Optimis Untuk Kejar Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN