Berbatov: Maguire Perlu Pasangan Baharu Bagi Ulangi Kehebatan Duo ‘Ferdinand-Vidic’

Maguire

Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov menegaskan bahawa kelab tersebut perlu mengalihkan tumpuan untuk membawa masuk pasangan baharu buat Harry Maguire selepas The Red Devils berjaya merekrut pemain tengah Ajax, Donny van de Beek.

Berbatov melihat perkara itu penting buat Manchester United dalam usaha mengembalikan semula kehebatan jentera pertahanan seperti yang pernah ditampilkan gandingan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic ketika di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Musim 2019/20 menyaksikan Maguire yang merupakan pertahanan termahal dunia setelah menyertai United dengan yuran perpindahan bernilai £80 juta telah digandingkan dengan Victor Lindelof.

”Saya rasa bahagian pertahanan [posisi yang perlu diperbaiki]. Seorang pertahanan tengah baharu perlu untuk mereka pertimbangkan.”

”Sekiranya mereka akan membeli seseorang atau tidak, kita akan melihatnya, tetapi saya merasakan itulah [posisi pertahanan] yang mereka perlu untuk diperkuatkan. Pada ketika ini, semuanya kelihatan seimbang.”

”Bagi saya, mereka memerlukan seorang pemain yang boleh disesuaikan dengan Harry Maguire. Harry lebih kepada seorang yang tidak hanya berada di kedudukan pertahanan, jadi mungkin seseorang yang berbeza dan juga kuat.”

”Mereka perlu untuk mengikuti kehebatan gandingan Rio dan Vida [Vidic] pada masa lalu,” ujar Berbatov menurut laporan dikeluarkan Goal.

Musim pertamanya bersama United, Maguire telah dilantik sebagai ketua pasukan selepas Ashley Young berhijrah ke Inter Milan pada jendela perpindahan Januari lalu.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Harry Maguire:

Leave a Reply