Luis Enrique Puji Kematangan Dipamerkan Ansu Fati

Ansu Fati

Pengurus skuad kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique jelas tertarik dengan kematangan dan aksi cemerlang yang ditampilkan pemain muda, Ansu Fati ketika menentang Ukraine dalam saingan UEFA Nations League, awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Alfredo Di Stefano itu, Fati berjaya mencipta jaringan sulungnya di pentas antarabangsa dalam membantu Sepanyol mencatatkan kemenangan selesa 4-0. Tiga lagi gol disumbangkan oleh Sergio Ramos [dua jaringan] dan Ferran Torres.

Jaringan pada minit ke-32 itu juga telah menjadikan Fati [17 tahun 311 hari] sebagai penjaring termuda dalam sejarah skuad kebangsaan Sepanyol bagi meleburkan rekod 95 tahun dipegang oleh Juan Errazquin.

Sehubungan dengan itu, Enrique memuji keyakinan diri dipamerkan pemain sayap yang beraksi untuk pasukan Barcelona tersebut.

”Apabila kami membuat pilihan pasukan ini, kami tidak memandang pada usia mereka. Itu tidak bermakna bahawa kami tidak perlu memahami Ansu Fati akan bermain teruk dan membuat banyak kesilapan.”

”Ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajarannya, tetapi keyakinan dirinya sangat tidak normal,” ujar Enrique menurut laporan Goal.

”Ansu Fati sangat gembira dan dia mempunyai alasan. Dia hanya berusia 17 tahun dan perlu untuk matang, tetapi pada perlawanan keduanya bersama skuad kebangsaan, dia berani melakukan semua ini.”

”Dia bekerja keras dan merendah diri. Dia berlatih dengan cukup baik dan saya gembira dia dengan kegembiraan ini.”

”Dia sangat matang untuk mengetahui bahawa laluan yang dipilihnya adalah jalan yang terbaik. Dia sangat tenang dan merendah diri,” tambah Enrique lagi.

Sepanyol ketika ini sedang memimpin carta kumpulan 4 selepas mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri. Keputusan seri itu dicatatkan ketika menentang Jerman pada minggu lalu.

Kredit featured image: David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai skuad kebangsaan Sepanyol:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN