Quantcast

BERITA

‘Wonder Kid’ Barcelona, Ansu Fati Tolak Negara Asal Untuk Sarung Jersi Sepanyol

Bintang muda Barcelona, Ansu Fati mendedahkan beliau mahu beraksi untuk Sepanyol di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 16 tahun itu boleh beraksi untuk Portugal, namun dalams satu temu ramah bersama SPORT menekankan beliau telah memilih untuk menyarung jersi Sepanyol pada masa hadapan.

Secara praktikal, Fati boleh beraksi untuk tiga negara. Beliau dilahirkan di Guinea-Bissau. Negara tersebut pernah dijajah oleh Portugis, menyebabkan beliau juga layak beraksi bersama Portugal.

Namun, keluarganya telah berhijrah ke Sevilla sejak Fati berusia enam tahun.

Untuk beraksi bersma La Roja, Fati bagaimanapun perlu mendapatkan taraf kerakyatan Sepanyol terlebih dahulu.

Menurut SPORT, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) akan membantu pemain tersebut untuk mempercepatkan proses permohonan, demi membenarkan Fati beraksi bersama Sepanyol di Kejohanan Piala Dunia Bawah-17 yang akan berlangsung di Brazil pada 26 September hadapan.

Sejak berhijrah ke Sevilla pada usia enam tahun, Fati menyerlah bersama kelab tempatan CDF Herrera sebelum direkrut oleh La Masia pada 2012.

Nama Fati menjadi sebutan apabila tampil sebagai pemain termuda yang pernah menyarung jersi skuad senior kelab Catalan itu sejak 1941, dalam perlawanan menentang Real Betis pada ogos lalu.

Seminggu kemudian, beliau menjaringkan gol pertama untuk Barcelona menentang Osasuna dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.