Van de Beek Dedahkan Hampir Sertai Tottenham Kerana Bergwijn

van de beek

Pemain baharu Manchester United, Donny van De Beek mendedahkan yang beliau sebenarnya hampir mengubah haluan dengan memilih untuk bermain bola sepak di London.

Menurut laporan Goal, pemain Belanda itu sebenarnya telah dirisik terlebih dahulu oleh rakan senegara iaitu Steven Bergwijn untuk menyertai Tottenham Hostpur.

Kata Van de Beek, Bergwijn adalah bertanyakan kepada dirinya sama ada hendak menyertainya dan Jose Mourinho di utara London.

Namun begitu, beliau mengatakan pilihannya telah tetap untuk bersama-sama dengan Manchester United.

“Satu hari, Bergwijn ada menghantarkan pesanan ringkas kepada saya bertanyakan adakah saya berminat untuk bermain dengan Tottenham Hotspur?”

“Namun begitu saya membuat keputusan untuk bermain dengan Manchester United.”

Kata Van de Beek lagi, beliau mengakui yang peranan bekas pemain iaitu Edwin Van Der Sar memainkan peranan penting dalam keputusannya untuk menyertai United.

Posisi Van Der Sar sebagai ketua pegawai eksekutif di Ajax Amsterdam jelas sekali menjadi ‘kabel’ kepada perpindahan Van de Beek ke Old Trafford.

“Kami banyak berbual mengenai hal bola sepak, mengenai Manchester United itu sendiri dan saya sentiasa buat keputusan mengenai perasaan saya dan perasaan saya lazimnya baik mengenai pelbagai perkara.”

Baca juga artikel kami mengenai Donny Van de Beek:

Leave a Reply