Norfiqrie Lebih Layak Bermain Sebab Prestasi Ketika Sesi Latihan

Norfiqrie Talib Kedah PJ City Liga Super 2020

Kejayaan Kedah menewaskan PJ City FC 2-1 pada perlawanan Sabtu lalu turut dibantu dengan prestasi baik beberapa pemain antaranya Norfiqrie Talib.

Pertahanan kiri itu merupakan pengganti tempat Azmeer Yusof yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan ketika saingan liga sedang berehat akibat pandemik Covid-19. Ianya jelas bukan tugas yang mudah kepadanya.

Kredit kerana terima cabaran

Selepas era Shafizan Hashim, Azmeer Yusof merupakan antara bek kiri terbaik yang dimiliki Kedah. Kini, tanpanya, Helang Merah perlu segera mencari pengganti setara dalam usaha untuk tampil bersaing dengan kelompok atasan liga.

Tiada lagi eksperimen boleh dilakukan kerana saingan CIMB Liga Super 2020 hanya berbaki lima perlawanan dan jika mereka serius mahu mencabar kedudukan liga, setiap pemain terutamanya pengganti Azmeer Yusof harus menyerlah.

Dua aksi pasca Covid-19, pengendali Kedah telah mencuba pemain yang sama di posisi tersebut iaitu Norfiqrie, ketika menang ke atas PDRM dan terbaru ke atas PJ City FC. Dan, aksinya boleh dianggap sangat positif ketika ini.

Mengulas mengenai prestasinya dalam dua perlawanan ketika ini, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata di sidang media, “Norfiqrie bukanlah pemain utama, tetapi beliau tampil untuk terima cabaran itu, kita harus berikan kredit.”

Prestasi ketika latihan penentu

“Musim ini kita ada skuad yang bagus yang mana semua pemain boleh ke depan [jika kehilangan pemain]. Walaupun Azmeer [Yusof] sudah tiada, kita masih ada Alif [Yusof],” tambahnya lagi mengenai prestasi keseluruhan skuadnya.

“Tetapi berdasarkan prestasi ketika latihan, Norfiqrie telah mempamerkan prestasi yang baik dan komited. Jadi, dia layak untuk berada di situ,” jelasnya.

Norfiqrie yang kini berusia 24 tahun merupakan antara pemain-pemain muda Kedah yang pernah dihantar berguru ke Perth Glory FC di Australia pada musim 2015 selain Abd Halim Saari – kini beraksi bersama Selangor dan Akmal Alias.

Aidil Sharin juga berkata yang skuadnya musim ini lebih seimbang dan bagus, namun sayangnya, pada permulaan musim lalu, mereka gagal mengutip mata. Itu yang telah sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan mereka ketika ini.

Penutup

Apa komen penyokong Kedah mengenai pengganti Azmeer Yusof itu? Untuk ketika ini, Norfiqrie merupakan pemain pilihan pertama bagi posisi tersebut.

Atau anda ada nama lain selainnya? Di tangan Aidil Sharin ketika ini beliau masih boleh mengetengahkan dua lagi pemain iaitu Alif Yusof dan Shakir Hamzah?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN