Lionel Messi Dihukum Oleh PSG Selepas Beliau Mengadakan Lawatan Khas Ke Arab Saudi

Lionel Messi telah dijatuhi hukuman penggantungan selama dua minggu oleh PSG dek kerana beliau telah mengadakan lawatan khas ke Arab Saudi tanpa kebenaran dari pihak kelab.

Hukuman itu dilaksanakan serta merta dan jelas sekali pimpinan kelab sama sekali tidak gembira dengan tindakan beliau itu.

Lionel Messi turun beraksi selama 90 minit ketika aksi kekalahan 3-1 PSG bertemu Lorient kemarin.

Beberapa jam sahaja selepas tamat aksi kekalahan itu, pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu dilaporkan segera meninggalkan Paris untuk terbang ke Arab Saudi bersama keluarganya.

Ia merupakan lawatan wajib yang perlu Messi lakukan mengikut kontrak beliau sebagai duta pelancongan untuk negara Timur Tengah itu.

Lawatan tersebut merupakan yang ketiga untuk Messi dengan beliau dilihat berada di lapangan terbang Riyadh selepas tamat aksi kekalahan bertemu Lorient itu.

Tindakan Messi itu sepertinya telah mengundang kemarahan pimpinan kelab dan juga beberapa rakan sepasukannya yang lain kerana ia merupakan lawatan yang dilakukan tanpa kebenaran.

Dek kerana Messi meneruskan juga lawatan itu walau tidak mendapatkan kebenaran, maka pihak kelab memutuskan untuk menggantung beliau dari sebarang aksi bersama PSG untuk tempoh dua minggu.

Sepanjang tempoh dua minggu itu juga, Lionel Messi tidak akan menerima sebarang bayaran dari pihak kelab.

Dengan kontrak beliau hampir tamat pada penghujung musim ini, ia bermaksud aksi bertemu Lorient itu antara aksi-aksi terakhir beliau bersama gergasi Perancis itu.

Lawatan pertama Lionel Messi ke Arab Saudi adalah pada tahun lalu dengan beliau ketika itu melawat Jeddah dan turut menikmati pengalaman di Laut Merah.

Beliau kemudian kembali semula ke Arab Saudi dan ketika itu Messi hadir bersama skuad PSG untuk aksi perlawanan persahabatan bertemu skuad yang diwakili oleh Cristiano Ronaldo pada Januari lalu.

Beberapa gambar yang memperlihatkan Messi bersama keluarganya berada di Arab Saudi telah dimuat naik di media sosial, dengan Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al-Khateeb turut memuat naik status berkait lawatan tersebut.

“Saya sangat gembira untuk menerima lawatan kedua dari duta pelancongan Arab Saudi, Lionel Messi dan keluarganya di Arab Saudi.”

Tulis Ahmed Al-Khateeb.

“Kami dengan senang hati mahu berkongsi budaya asli Arab Saudi bersama kamu semua.”

Ada laporan yang menyatakan bahawa Messi menerima $25 juta setahun untuk mempromosikan Arab Saudi.

Menurut laporan dari L’Equipe, Messi tidak mendapat kebenaran dari Galtier atau dari sporting director kelab, Luis Campos untuk melawat Arab Saudi.

Beliau bahkan terus berurusan dengan pimpinan tertinggi kelab untuk memohon kebenaran mahu terbang ke Arab Saudi.

Messi sepatutnya bersama rakan sepasukannya di pusat latihan mereka selepas Galtier mengarahkan semua pemain untuk meneruskan sesi latihan.

Para pemain dijanjikan cuti selama dua hari andai mereka berjaya menewaskan Lorient, namun dek kerana mereka kalah, maka cuti itu telah ditarik semula oleh pihak kelab.

Bintang berusia 35 tahun itu hangat dikaitkan dengan bakal kembali menyertai Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun begitu kedudukan ekonomui kelab dan masalah penstrukturan gaji Barca sepertinya menyukarkan untuk hal itu berlaku.

Messi bakal terlepas aksi bertemu Troyes dan AC Ajaccio dek kerana beliau terpaksa menjalani hukuman penggantungan itu.

Beliau hanya akan boleh diturunkan ketika aksi bertemu Auxerre pada 21 Mei nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN