Leeds United Pilih Sam Allardyce Sebagai Wira Penyelamat Dari Tersingkir EPL

Leeds United

Kelab Premier League, Leeds United telah sah mendapatkan pakar penyelamat kelab daripada penyingkiran iaitu Sam Allardyce demi menjaga maruah mereka.

Leeds yang kini sedang bertarung untuk kekal di Premier League mendapatkan khidmat Sam Allardyce bagi memastikan kemenangan berjaya diraih dalam baki empat aksi terakhir liga.

Setakat ini, Leeds sedang menduduki tangga ketujuh belas liga dengan mengutip 30 mata – hanya berkelebihan jaringan dengan Nottingham Forest yang turut mempunyai mata yang sama di kedudukan kelapan belas.

Dengan hanya seri sekali serta kalah dalam empat perlawanan terakhir, Leeds sememangnya memerlukan seseorang yang benar-benar pakar untuk menyelamatkan kelab daripada tersingkir.

Oleh kerana itu, mereka mengharapkan Allardyce yang sejak zaman-berzaman handal menyelamatkan kelab daripada tersingkir ke EFL Championship.

Leeds nyata mempunyai waktu yang sukar untuk berusaha menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir. Hal ini disebabkan, empat baki perlawanan yang bakal diuruskan oleh Allardyce semuanya sukar-sukar.

Ujian pertama Allardyce bersama-sama Leeds adalah dengan pergi ke Etihad untuk berdepan dengan Manchester City.

City yang dalam misi mempertahan kejuaraan pastinya ingin mendapatkan keputusan cemerlang menentang Leeds lebih-lebih lagi ketika bermain di depan penyokong mereka.

Pastinya Allardyce akan cuba bermain secara bertahan untuk mendapatkan satu mata dan mengecewakan skuad Pep Guardiola.

Satu lagi tugasan sukar menanti Leeds adalah selepas bertemu City, mereka akan menerima kunjungan Newcastle United

Newcastle yang sedang memburu aksi bola sepak Eropah musim hadapan juga akan menjadi tentangan sengit Leeds dengan tiga mata di depan penyokong sendiri pastinya akan menaikkan semangat mereka untuk terus berdepan baki dua perlawanan lagi.

Nasib Leeds sememangnya sukar untuk diduga kerana selepas City dan Newcastle, mereka akan berdepan West Ham United sebelum menamatkan musim menentang Tottenham Hotspur di laman sendiri.

Di atas kertas, amat sukar misi ini untuk dijayakan, namun dengan Allardyce segalanya mungkin.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN