Gol Gabriel Jesus Jadikan Arsenal Satu-Satunya Pasukan Dengan Empat Penjaring Mencecah Dua Angka

Mikel Arteta Gabriel Jesus Odegaard Martinelli Saka Arsenal

Arsenal jadikan Chelsea mangsa kebangkitan daripada kekecewaan tewas kepada Man City hasil jaringan Martin Odegaard dan Gabriel Jesus untuk meraih kemenangan 3-1 di Emirates dan naik ke takhta Premier League.

Man City masih berbaki dua perlawanan di tangan akan kembali memintas The Gunners jika mereka berjaya mengatasi West Ham, awal pagi nanti.

Ia belum berakhir“, bak kata Mikel Arteta pada Isnin lalu. Persaingan merebut kejuaraan antara kedua-duanya masih sengit berlangsung.

Mereka kembali pamerkan karekter pesaing dengan ‘menamatkan’ aksi menentang Chelsea hanya dalam tempoh 34 minit sahaja apabila telah mendahului 3-0 hasil ledakan Odegaard dan Jesus di babak pertama.

Sekurang-kurangnya, kemenangan ini telah memberikan lonjakan moral.

Odegaard mempamerkan permainan memukau dalam perlawanan awal pagi tadi apabila bekerja tanpa jemu, sering kali meminta bola diberikan kepadanya dan mencorakkan permainan Arsenal untuk mengatasi Chelsea.

Malah, dua gol yang diledaknya itu menjadikannya pemain tengah yang memiliki jaringan terbanyak di Premier League setakat ini – 14 gol.

Malah Arteta memuji kualiti yang dimilikinya dalam sidang media, “Dengan 14 gol dijaringkannya musim ini, sumbangannya terhadap pasukan, kualiti kepimpinannya membuatkan saya sangat gembira dengannya.

Dua hantaran lintang rendah Granit Xhaka disudahkannya dengan penuh bergaya di depan gawang Chelsea yang dikawal Kepa Arrizabalaga.

Dua gol dalam 30 minit nyata merentap semangat The Blues dan mereka sekali lagi dikejutkan dengan gol jarak dekat Jesus pada minit ke-34. Ia menutup terus harapan buat pelawat untuk bangkit dalam perlawanan.

Cubaan Frank Lampard mengubah formasi taktikalnya daripada bek bertiga sebelum ini kepada 4-3-3 memakan dirinya, malah pemilihan Pierre‑Emerick Aubameyang yang kembali ke dalam kesebelasan utama juga langsung tidak membantunya. Aubameyang gagal memusnahkan bekas majikannya.

Beliau hanya merekodkan sembilan sentuhan dalam perlawanan ini – empatnya adalah sepak mula, sebelum dikeluarkan ketika babak pertama.

Chelsea akhirnya berhasil mencipta gol pada minit ke-65 hasil sentuhan Noni Madueke – jaringan pertamanya bersama The Blues musim ini. Ia juga jaringan kedua tercipta di bawah kendalian Lampard dalam enam aksi.

Arsenal merupakan satu-satunya pasukan dalam lima liga terbaik di Eropah yang memiliki empat penjaring gol dengan jumlah dua angka – Gabriel Martinelli (15 gol), Odegaard (14), Bukayo Saka (13) dan Jesus (10).

Malah, 55 gol yang telah dijaringkan Jesus dalam saingan Premier League menyaksikan 50 daripadanya membantu pasukannya untuk menang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN