Apa Terengganu Perlu Sediakan Jika Mereka Serius Dambakan ‘Sentuhan’ Aidil Sharin?

Sejak beberapa hari lalu, nama bekas pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Aidil Sharin Sahak telah dikaitkan bersama salah satu pasukan dalam saingan Liga Super, Terengganu.

Untuk rekod, Aidil Sharin ketika ini masih lagi dalam fasa berehat selepas mengharungi musim pertama beliau dengan konsisten bersama salah satu kelab di Liga 1 Indonesia iaitu Persikabo 1973.

Walaupun hanya beberapa bulan di sana, sentuhan Aidil dianggap sangat cemerlang selepas pasukan tersebut tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan serta melakar kejutan ketika mereka mengejutkan kelab pilihan, Persib Bandung pada aksi terakhir.

Menerusi laporan sebelum itu, Aidil ketika ini masih lagi belum menandatangani kontrak baharu bersama Persikabo serta telah diintai beberapa kelab lain yang mahukan sentuhan emas beliau.

Antara yang dikaitkan ialah Terengganu, dan terbaharu pengurusan pasukan tersebut menafikan perkara itu dan sebarang kenyataan masih belum dikeluarkan oleh Aidil ketika ini.

Namun, jika Terengganu masih lagi mempunyai rencana untuk mendapatkan Aidil, maka mereka perlu memberi ruang buat pengendali tersebut untuk membentuk kembali falsafah diinginkan.

Barisan pemain pilihan Aidil

Seperti diketahui, Aidil Sharin membentuk Kedah pada suatu ketika menerusi pilihan pemain beliau yang tersendiri untuk menjayakan taktikal di atas padang.

Gandingan ikonik yang paling diingati pada era Aidil Sharin bersama Kedah ketika itu membabitkan Kpah Sherman dan Tchetche Kipre membantu pasukan tersebut untuk tampil selaku antara terkuat di Malaysia.

Bersama falsafah beliau yang gemar melakukan serangan, pastinya Aidil mempunyai pilihan tersendiri untuk menilai pemain mana bersesuaian dengan taktikal beliau.

Staf kejurulatihan yang memahami kehendak Aidil

Aidil merupakan seorang jurulatih yang sangat teliti dalam melakukan tugasan di atas padang untuk menjayakan taktikal di atas padang.

Daripada isu kecergasan membawa kepada persefahaman antara satu sama lain menjadi keutamaan jurulatih ini sebelum itu ketika bersama Kedah sehingga segalanya berjalan lancar.

Jika Terengganu begitu inginkan khidmat Aidil, mereka perlu berbincang bersama jurulatih tersebut dengan begitu teliti mengenai barisan kejurulatihan lain sama ada akan dirombak semula atau perlu persefahaman bersama kehendak pengendali dari Singapura itu.

Beri masa kepada Aidil

Datang pada pertengahan musim untuk menggantikan khidmat jurulatih terdahulu bukan sesuatu yang senang buat mana-mana pengendali di dunia.

Segalanya perlu dirombak kembali dan adakala, jurulatih terbaharu terpaksa menggunakan pemain-pemain yang tidak kena dengan DNA beliau sehingga ke penghujung musim.

Namun, Aidil ketika ini dilihat sangat berjaya dan dibuktikan ketika beliau mengendalikan Persikabo pada pertengahan musim di Indonesia.

Walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya, Aidil berjaya menerapkan segalanya dengan cukup baik termasuk menewaskan Persib Bandung dengan jumlah jaringan cukup besar walau tanpa pemain bintang.

Maka, Terengganu perlu realistik untuk memberi masa buat Aidil meneliti masalah dihadapi pasukan selain cuba menerapkan falsafah diinginkan kepada barisan pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN