Rooney Tegaskan Yang Era Messi Dan Ronaldo Kini Sudah Berakhir

Bekas bintang Manchester United dan Everton, Wayne Rooney tampil menegaskan yang era Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kini jelas sekali sudah berakhir.

Legenda England itu menegaskan yang zaman kedua-dua bintang itu mendominasi dunia bola sepak kini sudah berakhir dan Rooney turut menamakan individu yang kini menggantikan tempat kedua-dua Ronaldo dan Messi itu.

Rooney yang kini sudah berusia 37 tahun itu pernah bergandingan bersama Ronaldo ketika kedua-dua mereka beraksi bersama Man United dari tahun 2004 hingga 2009.

Jelas sekali Lionel Messi dan Barcelona merupakan seteru utama Rooney dan yang paling diingati adalah ketika aksi perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2011 yang lalu dengan Barca menang selesa 3-1 di Wembley.

Rooney antara pemain yang menjadi saksi bagaimana hebatnya kedua-dua Ronaldo dan Messi kerana beliau pernah beraksi berdepan mereka.

Walau beliau sendiri mengakui kehebatan kedua-dua pemain itu, namun kini beliau tampil menegaskan yang kemampuan kedua-dua pemain itu pada ketika ini sudah mula menurun.

Dan walaupun Messi baru sahaja beberapa bulan lalu menjulang Piala Dunia, namun Rooney tetap percaya ada pemain yang lebih mendominasi dunia bola sepak hari ini.

Menurut column terbaru Rooney di The Times, legenda Man United itu menyatakan bahawa:

“Erling Haaland adalah pemain bola sepak terhebat dalam dunia bola sepak sekarang.”

“Lionel Messi adalah yang terhebat tapi, di detik ini, tiada siapa yang bermain lebih bagus berbanding penyerang yang saya sendiri bahkan memecah rekod di posisi itu, ia buat saya sesak nafas melihat tahap yang dia sudah capai.”

“Dia adalah yang terhebat di dunia kerana nombor yang dia catatkan, persembahan yang dia persembahkan dan mentaliti yang dia tunjukkan.”

“Jika kamu tertanya-tanya siapa yang akan menang Ballon d’Or, maka ia tentu milik dia, melihat dia terus menerus pamer aksi cemerlang musim ini, mengapa tidak dia?”

“Rekod 224 gol dari 264 perlawanan merupakan membuktikan yang dia pemain yang standardnya tak pernah jatuh.”

“Kita pernah lalui era Mess dan Cristiano Ronaldo, sekarang masa untuk dia, era Haaland dan Kylian Mbappe. Ketika ada bakat seperti dia di sini, kita perlu nikmati sahaja walaupun dia menyarung jersi Manchester City.”

Haaland bersama rakan sepasukannya berjaya menewaskan Sheffield United 3-0 dalam aksi peringkat separuh akhir saingan FA Cup.

Beliau kini berpotensi untuk membantu Man City untuk menjulang tiga piala sebelum berakhirnya musim ini dengan The Citizens masih berpotensi untuk merebut gelaran Liga, Champions League dan FA Cup.

Beliau juga bakal memenangi anugerah kasut emas di pentas saingan Premier League dan Champions League dan andai Man City menang gelaran UCL musim ini, ia jelas sekali bakal mencerahkan lagi peluang untuk melihat beliau memenangi anugerah Ballon d’Or.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN