Tindakan Sadio Mane Pilih Liverpool Berbanding Man United Dianggap Bijak

Bekas pemain tengah Manchester United iaitu Morgan Schneiderlin menganggap tindakan Sadio Mane untuk memilih sertai Liverpool berbanding The Red Devils suatu ketika dahulu sebagai sangat tepat.

Mane boleh dianggap sebagai antara pemain paling berpengaruh pada suatu ketika dalam saingan English Premier League (EPL), selepas ketajaman serta kualiti dipamerkan penyerang tersebut bersama Liverpool sangat hebat.

Sebelum itu, pemain Senegal tersebut terlebih dahulu mencipta reputasi tinggi ketika mewakili Southampton sebelum dilamar untuk menyertai Liverpool bagi memperkukuhkan barisan serangan The Reds.

Sepanjang bersama Liverpool, kelibat Mane tidak pernah mengecewakan para penyokong menerusi kelincahan beliau dalam melepasi pertahanan lawan serta sangat klinikal di hadapan gol.

Rekod penyerang tersebut sepanjang bersama Liverpool menyaksikan Mane telah pun meledak 120 gol daripada 269 perlawanan serta meraih pelbagai kejuaraan yang mengangkat reputasi beliau.

Malah, pastinya para penyokong bola sepak seluruh dunia mengingati gandingan Mane bersama Mohamed Salah, dan Roberto Firmino menjadi sesuatu sangat digeruni di Eropah bawah kendalian Jurgen Klopp.

Walaupun begitu, segala kejayaan dikecapi Mane mungkin akan berubah jika pemain tersebut mengambil keputusan untuk menyertai kelab seteru mereka iaitu United.

Jelas Scheneiderlin, beliau mengakui pernah berusaha untuk memujuk Mane pada suatu ketika bagi menyertai United serta beraksi bersamanya dalam satu pasukan di atas padang.

Rekod menyaksikan kedua pemain ini sebelum itu pernah beraksi bersama ketika mewakili Southampton, sebelhm masing-masing menyertai pasukan berbeza dengan nasib juga tidak serupa buat Mane serta Schneiderlin.

Selama dua musim bersama United Schneiderlin mengakui pengurus pasukan ketika itu, Louis Van Gaal pernah meminta beliau untuk memujuk Mane sertai mereka daripada Liverpool.

“Saya masih ingat Louis Van Gaal pernah bertanya kepada saya mengenai Mane serta meminta agar saya memujuk pemain tersebut untuk menyertai Liverpool.

“Saya sudah cuba yang terbaik untuk memujuknya, tetapi Mane memilih untuk sertai Liverpool juga akhirnya.

“Saya rasa itu merupakan perkara terbaik dibuat beliau untuk memilih Liverpool. Dia sampai di sana dan skuad tersebut ketika itu tampil sukar untuk ditewaskan mana-mana pasukan,” jelas Schneiderlin menerusi Sportbible.

Ketika ini, kedua pemain tersebut sudah pun tidak beraksi di England dengan Schneiderlin mewakili Western Sydney Wanderers di Australia serta Mane beraksi bersama Bayern Munich dalam saingan Bundesliga.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN