Sadio Mane Kemungkinan Besar Akan ‘Dilelong’ Bayern Munich Musim Depan

Masa depan penyerang Bayern Munich iaitu Sadio Mane bersama pasukan tersebut mulai kelihatan samar-samar untuk saingan musim hadapan, selepas pemain tersebut terlibat dengan isu pergaduhan bersama rakan sepasukan, Leroy Sane.

Menurut laporan dikeluarkan, Mane berkemungkinan akan dijual oleh Bayern pada musim hadapan dan kini segalanya masih lagi dalam perbincangan.

Sebelum itu, Mane dan Sane masing-masing terlibat dalam pergaduhan selepas Bayern ditewaskan oleh Manchester City dalam saingan suku akhir UEFA Champions League (UCL).

Pertengkaran yang berlaku di bilik persalinan itu terpaksa dihentikan oleh rakan pemain lain, selepas Mane didakwa telah telah menumbuk Sane terlebih dahulu.

Segalanya bermula sejak aksi di atas padang lagi, selepas Sane dilihat mengeluarkan kata-kata tidak berpuas hati kepada Mane ketika perlawanan masih lagi berlangsung dan terpaksa ditenangkan seketika.

Ianya agak mengejutkan ramai peminat bola sepak dunia, kerana masing-masing mengetahui Mane merupakan seorang pemain yang sangat tenang dan jarang terlibat dalam insiden pergaduhan.

Disebabkan pergaduhan itu, Sane dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian mulut kesan ditumbuk oleh penyerang Senegal tersebut dan memerlukan rawatan susulan.

Menerusi laporan Sportbible, Mane dikatakan akan membuat permohonan maaf dan kelab masih lagi mempertimbangkan bentuk hukuman atau denda kepada pemain tersebut.

Jelas wartawan Sky Sports Germany iaitu Florian Plettenberg, kemungkinan besar Mane akan dijual oleh Bayern selepas penyerang itu menyertai pasukan tersebut hanya satu musim.

Musim lalu menjadi yang terakhir buat Mane untuk beraksi buat Liverpool selepas menabur jasa selama enam tahun bersama The Reds dengan rekod cukup menggagumkan.

Bersama Bayern, konsistensi Mane tidak berkurangan selepas aksi awal menyaksikan pemain tersebut berjaya meledak 11 gol serta empat bantuan jaringan untuk menggembirakan penyokong di sana.

Namun, segalanya tampak mula tidak baik buat Mane selepas beliau mengalami kecederaan agak teruk di bahagian kaki yang memaksa pemain itu turut terlepas peluang beraksi di Piala Dunia bersama Senegal.

Selepas menghabiskan masa yang agak lama untuk kembali pulih, Mane kembali menyertai rakan sepasukan sejak bulan lalu dan prestasi beliau jelas sangat menurun.

Walaupun begitu, pengurus baharu Bayern iaitu Thomas Tuchel tetap melihat sesuatu yang positif dalam diri Mane dan merasakan beliau akan kembali baik selepas melalui tempoh pemulihan.

“Saya kenal beliau dengan sangat lama ketika di England dan tak ada apa yang perlu dikatakan tentang pemain hebat tersebut.

“Dia menjaringkan 20 atau 30 gol dengan konsisten setiap musim bersama Liverpool, kualiti yang ada pada Mane melebihi jangkaan ramai sebenarnya.

“Iany berkenaan kepercayaan dan kesabaran untuk melihat Mane kembali tampil selaku antara penyerang digeruni di dunia seperti sebelum ini,” jelas Tuchel menerusi Sportbible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN