Piala FA: Adakah PDRM Bakal Menjadi Mangsa Amukan Terbaharu JDT?

Saingan Piala FA 2023 pusingan 16 terbaik bakal berlangsung malam ini dengan salah satu perlawanan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang PDRM.

Jika dilihat secara logiknya, JDT sudah tentu mempunyai peluang cukup besar untuk meraih kemenangan pada aksi ini selepas momentum sesama pasukan tersebut berada pada tahap terbaik sebelum itu dalam aksi Liga Super.

Malah, mereka juga masih lagi segar dengan kemenangan besar 6-0 untuk mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah) dalam saingan liga yang menyaksikan JDT sebagai pasukan cukup sukar untuk ditewaskan.

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat para pemain untuk beraksi dengan lebih baik serta memberi tekanan besar buat pelawat.

Untuk PDRM, perjalanan mereka pada awal musim 2023 dalam aksi liga boleh dianggap sangat memuaskan setelah beberapa keputusan positif dicatat termasuk aksi menewaskan Kedah di Alor Setar.

Menerusi rombakan kejurulatihan yang kini dikendalikan oleh Azzmi Aziz, PDRM tampil dengan aksi lebih menyakinkan musim ini untuk mencabar mana-mana pasukan dalam perlawanan dihadapi.

Walaupun hadir tanpa nama-nama besar, Azzmi berjaya mencipta pasukannya sendiri yang diadun dengan baik membabitkan tonggak tempatan serta bintang import.

Malah, pasukan tersebut juga dianggap sukar untuk ditewaskan, dan PDRM sendiri tidak memberi laluan mudah buat mana-mana lawan ketika ini dalam aksi liga.

Bertemu JDT yang mempunyai rangkaian serangan berkualiti, pastinya PDRM sedar tugas berat menanti mereka untuk tidak sekurangnya mengikut jejak langkah kelab-kelab lain ketika berdepan Harimau Selatan.

Menurut Azzim sebelum itu, beliau menyatakan akan cuba untuk mengelak PDRM daripada dibolosi dengan jumlah jaringan besar ketika bertemu JDT.

Menerusi pendekatan PDRM yang tidak bertahan ketika bertemu pasukan-pasukan pilihan sebelum itu, suatu persoalan timbul jika taktikal tersebut turut akan digunakan pada aksi menentang JDT malam ini.

Apapun, pastinya kedua pengendali pasukan berkenaan masing-masing tidak rela untuk tewas, dan mempunyai misi tersendiri pada saingan Piala FA 2023 ini.

Jika berjaya mencipta sesuatu kejutan, pastinya nama Azzmi sekali lagi menjadi sebutan ramai dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Namun, adakah mereka sudah cukup bersedia untuk menyerap segala bentuk asakan dibuat oleh tuan rumah pada perlawanan malam ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN