“Sedia Bertahan Sebaik Mungkin”- Azzmi Aziz Sedar Tugas Sukar PDRM Bertemu JDT

Pencabar baharu Liga Super 2023, PDRM boleh dianggap berada pada prestasi yang menarik serta melampaui jangkaan ramai, selepas beberapa keputusan positif berjaya dicatat kelab ini dalam beberapa perlawanan dihadapi.

Bawah kendalian Azzmi Aziz, PDRM tampil dengan corak permainan yang sangat baik, sehingga beberapa kejutan berjaya dilakar mereka menerusi kemenangan dicatat.

Antaranya, mereka berjaya melakar kemenangan 1-0 untuk mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Darul Aman (SDA) serta hampir mengikat Sri Pahang menerusi kekalahan tipis.

Ketika ini, pasukan tersebut berada di tangga kelapan Liga Super untuk mengatasi beberapa kelab pilihan lain seperti Kuala Lumpur City (KL City), Penang, serta Kelantan.

Pastinya Azzmi menjadi individu penting untuk persembahan berkualiti musim ini yang dipamerkan oleh PDRM dalam memberi persaingan sengit buat pasukan-pasukan lain.

Walaupun tewas pada perlawanan terbaharu ketika berdepan Penang menerusi keputusan 2-4, secara keseluruhan aksi dipamerkan mereka masih lagi sangat menyakinkan.

Menurut Azzmi, segala keputusan yang dilakar itu bukannya sesuatu yang mudah untuk dihadapi selepas PDRM telah berdepan banyak pasukan pilihan lain jauh lebih hebat di atas kertas.

“Saya tidak rasa kami berdepan laluan mudah dengan setiap kali perlawanan berjumpa pasukan lebih ‘besar’ termasuk dalam kelompok ‘top five’ musim lalu seperti Sabah FC dan Terengganu FC.

“Kami bermain dengan agak baik meskipun kalah dan terakhir dengan Sri Pahang, dan kali ini dengan Penang FC, tetapi kami faham pemain sudah mencuba sebaik mungkin,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk aksi seterusnya, PDRM bakal berdepan cabaran getir untuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ketika ini masih lagi segar dengan kemenangan besar 6-0 mengatasi Kedah.

Mengulas tentang perlawanan yang akan tiba itu, Azzmi mahu para pemain kendaliannya untuk cuba tidak bolos terlalu banyak gol berbanding pasukan-pasukan lain telah dihadapi JDT.

“Kami perlu realistik dan bersedia mengecilkan margin (jaringan gol) kerana pastinya ia bukan perlawanan mudah. Jadi, kami sedia untuk bertahan sebaik mungkin,” katanya.

Pastinya aksi tersebut akan diberi perhatian sepenuhnya oleh Azzmi untuk mempersiapkan barisan pemainnya daripada menjadi mangsa belasahan seperti kelab-kelab lain.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN