“Lawan 10 Orang, Takkan Tak Boleh Menang” – Manzoor Tagih Pengertian Daripada Penyokong Penang

Manzoor Azwira Penang 2023

Walaupun Penang raih tiga mata dalam aksi ke-8 Liga Super pada Ahad, Manzoor Azwira tampak seperti membawa beban yang besar di bahunya.

Barangkali beliau terkesan dengan sorakan penyokong yang menuntut permainan yang lebih berkesan apabila lawan kekurangan seorang pemain.

Antara bait lirik yang kedengaran sayup-sayup disorak penyokong dari jauh berulang-ulang kali adalah, “lawan 10 orang, takkan tak boleh menang.

Di sidang media, Manzoor menjelaskan tentang salah anggap bahawa main dengan 10 pemain tidak menjadikan pasukan tersebut mudah diratah.

Mungkin pandangan orang, main [lawan] dengan 10 orang sebenarnya mudah. Kadang-kadang, main dengan 10 orang akan jadi sangat-sangat sukar. Sebagai contoh, kita juga pernah seri di KL, main dengan 10 orang berdepan dengan KL. Patutnya ‘advantage’ ada pada KL,” ungkapnya.

Saya perlu jelaskan benda ni. Sesetengah pihak anggap, bila main 10 orang dan pasukan itu memiliki pemain yang bagus, bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Kita pasukan yang baharu, bukan alasan tetapi itu kenyataan dan realiti,” jelasnya lagi tentang isu berkaitan menentang 10 orang pemain.

PDRM terpaksa bermain dengan 10 pemain hampir sejam aksi selepas pemain tengah, Fadi Awad dilayangkan kad merah pada minit ke-41.

Kedudukan perlawanan pada ketika itu, Penang dan PDRM terikat 2-2.

Mujur buat Penang apabila Soony Saad menjelmakan gol jarak jauh menarik untuk membangkitkan semangat rakan sepasukannya pada minit ke-69.

Sebelum itu, walaupun beraksi kekurangan seorang pemain, ‘The Cops’ masih mempamerkan prestasi terpuji dalam bertahan dan juga menyerang.

Pemain gantian, Rahmat Makasuf melengkapkan malam indah Harimau Kumbang dengan gol di hujung perlawanan untuk Penang menang 4-2.

Ini adalah perlawanan kedua berturut-turut Penang memiliki kelebihan seorang pemain di padang. Sebelum ini, ketika tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman, Penang juga menentang 10 pemain lawan selepas bek kanan, Wan Amirul Afiq menerima layangan kad merah pada minit ke-54.

Mungkin bagi sesetengah penyokong, apabila lawan kekurangan pemain, ia akan jadi kelebihan buat pasukan, tetapi realitinya Penang bukan pasukan atasan liga. Dari segi prestasi, Manzoor pernah mengakui yang Penang masih mencari-cari rentak untuk membolehkan pasukan lebih stabil.

Oleh itu, waima pasukan lawan tempang dek kerana kehilangan seorang pemain, bukan semua pasukan mampu memanfaatkan kelebihan tersebut.

Lepas ni kita akan bermain di Kuching untuk Piala FA, satu lagi aksi yang agak sukar – bermain di tempat lawan. Mungkin akan ada masa tambahan. Dan kita bukannya sebuah kelab yang besar yang mana lengkap dari segi kelengkapan ‘recovery’ untuk semua,” ungkap Manzoor lanjut tentangnya.

Dan saya harap penyokong kena lebih memahami kerana saya rasa ini bukan satu benda yang mudah,” tambahnya yang mengambil alih sementara pasukan daripada Chong Yee Fatt yang dilaporkan ada masalah kesihatan.

Kemenangan tersebut telah membantu Penang mengukuhkan kedudukan di tangga ke-10 dengan mengumpul lapan mata – tiga mata di depan Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN