Liga Super: ‘Letupan’ Gol Soony Saad Bantu Penang Atasi PDRM

Soony Saad Penang PDRM 2023 Liga Super

Soony Saad muncul wira buat Penang selepas dua golnya telah membantu mereka mengatasi PDRM 4-2 dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Paling menarik adalah gol ketiga dan pendahuluan dicari-cari Harimau Kumbang yang diledaknya dari jarak jauh pada minit ke-69 seumpama ‘letupan’.

Babak pertama berakhir dengan kedudukan 2-2 walaupun perlawanan dilihat agak mendatar. Kedua-dua pasukan kurang membina ancaman dan gol yang terhasil adalah hasil kesilapan mudah kedua-dua pertahanan.

PDRM terlebih dahulu membuka jaringan di minit ke-3 menerusi jaringan Marcus Macauley selepas menyambar hantaran ke belakang yang telah dilakukan oleh benteng tuan rumah, Zaw Min Tun yang terlalu perlahan.

Minit ke-11, Penang berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil kesilapan benteng, James Okwuoso yang tertampan ke gawang sendiri. Ia berpunca daripada hantaran lintang rendah Azmeer Aris ke depan gawang lawan.

Enam minit berselang Soony Saad berjaya memanfaatkan peluang kedua dimilikinya untuk meledak gol pendahuluan tuan rumah selepas menerima hantaran rendah Hadin Azman di sisi kanan gol dikawal Willfred Jabun.

Perlawanan mula jadi mendatar selepas gol tersebut. Kedua-dua pasukan dilihat kurang membina asakan ke kubu lawan masing-masing.

Secara tiba-tiba, Azmi Muslim telah meletak kembali ‘The Cops’ ke dalam perlawanan pada minit ke-28 menerusi rembatan jauhnya, menewaskan Azfar Arif selepas berlaku sedikit kekalutan di depan gawang tuan rumah.

Soony hadir sekali lagi menerusi percubaan lemah yang mudah buat Willfred Jabun selamatkan pada minit ke-36. Ini peluang ketiganya.

Pemain tengah pelawat, Fadi Awad telah dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Penang pada minit ke-41. Beliau sudah beberapa kali dilihat bermain kasar dan memang mengundang layangan kad merah.

Begitupun, Penang seperti perlawanan sebelum ini ketika berdepan Kedah yang kekurangan seorang pemain, tampak tetap bergelut mengawal aksi.

Awal babak kedua, PDRM beberapa kali menghadirkan ancaman ke benteng tuan rumah menerusi pemain tengah, Marcus yang memiliki tiga peluang.

Peluang terbaiknya adalah di minit ke-49 apabila sepakan guntingnya tidak menghadirkan ancaman kepada penjaga gol tuan rumah, Azfar Arif.

Minit ke-65, Hadin berjaya memecah masuk ke kubu lawan, tetapi percubaannya hasil menggegar sisi gawang pelawat diikuti percubaan Soony yang mudah diselamatkan penjaga gol. Penang masih bergelut.

Akhirnya, Soony kembali meletak tuan rumah di depan meledak gol menarik pada minit ke-69 dari jarak jauh menerusi sepakan percuma.

Minit ke-87, menerusi sepakan percuma, Nik Akif Syahiran berhasil membuat satu rembatan ke gawang pelawat tetapi ia sedikit meliar.

Di saat aksi seakan-akan akan berakhir dengan keputusan 3-2, Rahmat Makasuf menambah gol buat tuan rumah menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-90. Beliau memanfaatkan peluang satu lawan satu dengan penjaga gol dan memberikan Penang kemenangan 4-2 di Bandaraya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN