Peminat Kecewa Melihat BBC ‘Beriya’ Siarkan Acara Keraian Wrexham

Peminat bingung dan merasa agak kecewa kerana melihat BBC terlalu bersungguh-sungguh menayangkan acara keraian Wrexham meraikan kejayaan mereka menjulang gelaran National League.

BBC menyiarkan secara langsung acara perarakan skuad Wrexham yang berarak membawa Piala dengan bas mengelilingi bandar.

Ryan Reynolds dan Rob McElhenney turut bersama para pemain Wrexham dalam acara keraian tersebut dan kedua-dua pemilik kelab itu dilihat sangat gembira di acara itu.

Namun begitu, sebalik kegembiraan seluruh kem Wrexham itu, ada segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan acara tersebut.

Tidak akan mengejutkan sekali andai semua media tertarik untuk menulis tentang kedua-dua pemilik kelab Wrexham itu, terutama ketika mereka sedang benar-benar bahagia atas kejayaan mereka.

Kedua-dua mereka memainkan peranan cukup besar dalam membantu Wrexham untuk bergelar juara, seterusnya dapat beraksi di pentas saingan League Two musim hadapan.

Kejayaan kelab untuk layak beraksi di liga utama Inggeris itu merupakan kejayaan pertama mereka sejak 15 tahun dahulu.

Reynolds dan McElhenney turut akan mengeluarkan dana bagi membawa keseluruhan skuad Wrexham ke Las Vegas pada musim panas ini bagi meraikan kejayaan mereka untuk dapat beraksi di League Two.

Hari ini skuad Wrexham mengadakan acara parade di kota mereka untuk meraikan kejayaan tersebut bersama para peminat.

Jelas sekali para penyokong turut membanjiri jalan-jalan utama untuk meraikan parade tersebut.

Reynolds dan McElhenney bahkan turut menyanyikan lagi kebangsaan Wales di acara keraian tersebut dan hal itu jelas sekali merapatkan lagi hubungan antara mereka bersama penyokong.

Acara tersebut telah disiarkan secara langsung oleh BBC News dan hal itu lah yang membuatkan para penyokong merasa sangat kecewa dan bengang tentang keraian itu.

Para penyokong yang melihat acara keraian itu disiarkan secara langsung meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka di media sosial.

“Saya betul-betul hilang kata-kata, BBC News menyiarkan acara keraian Wrexham secara langsung?? untuk apa? Berita nasional tak perlu siarkan hal seperti ini.”

“Berita ketiga di BBC New sekarang adalah acara keraian Wrexham. Saya tak tahu pula yang mereka juga berminat mahu menyiarkan acara keraian kelab bola sepak. Atau mungkin kerana bintang Hollywood ada di sana jadi ia perlu diliputi? Ia tak adil sebenarnya.”

“Sampah apa ini? Kenapa Wrexham siarkan acara keraian Wrexham? saya tak faham, adakah hanya mereka yang cipta sejarah tahun ini?”

“Adakah sudah tidak ada hal lain yang boleh diliputi? mengapa BBC News perlu bersungguh-sungguh beri tumpuan kepada Wrexham?”

“Adakah sesiapa tahu bagaimana perkembangan Wrexham musim ini? Maaf saya sibuk dan tak dapat tengok berita di BBC News.”

Berakhirnya keraian tersebut, Reynolds dan McElhenney bakal melakukan persiapan yang lebih besar untuk kelab mereka itu kerana mereka selepas ini akan kembali beraksi di liga bola sepak.

Ben Foster dikatakan akan melanjutkan kontraknya bersama kelab dengan pemilik kelab sangat gembira dengan sumbangan dari bekas penjaga gol Premier League itu.

Wrexham juga dikatakan sedang dalam usaha mereka untuk memancing Gareth Bale supaya kembali dari persaraan dan beraksi bersama mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN