Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Liga Argentina (Primera Division): Liga Dengan 30 Pasukan

Jika satu ketika dahulu di Malaysia, peminat bola sepak mencemuh FAM kerana sering mempunyai struktur liga yang tidak menentu.

Begitu juga di Argentina – negara yang melahirkan lagenda hebat seperti Diego Maradona, Juan Roman Riquelme, Lionel Messi dan Sergio Aguero.

Sepanjang 87 musim, kelas tertinggi bola sepak di Argentina telah mengalami 6 evolusi sejak pertama kali dipertandingkan pada 1891 dan berikut adalah evolusinya :

  • Liga secara round-robin (1891-1966)
  • Metropolitan dan Nacional (1967-1985)
  • Liga format ala Eropah (1986-1961)
  • Apetura dan Clasura (1991-2012)
  • Inicial dan Final (2012-14)
  • Primera (2015-seterusnya)

Sepanjang perubahan demi perubahan, terdapat cemuhan, kontroversi dan pelbagai lagi masalah yang melanda pada setiap satu evolusi tersebut.

Untuk penerangan yang lebih mendalam dalam setiap satu evolusi, maka diperlukan satu entri yang khas untuk itu yang akan ditulis kelak.

Namun untuk waktu sekarang, kita fokus pada evolusi era Primera iaitu waktu sekarang.

Primera DivisiĆ³n

Era Primera ini baru sahaja selesai musim sulungnya. Boca Juniors dinobatkan sebagai juara dan ini merupakan kejuaraan liga ke-31 mereka.



Era Primera ini boleh dikatakan pelik dan rumit kerana penulis tidak pernah jumpa 30 pasukan bermain dalam satu liga, tambahan pula liga kelas tertinggi.

Berikut merupakan 30 pasukan yang beraksi dalam musim sulung Primera Division di Argentina :

  • Boca Juniors
  • San Lorenzo
  • Rosario Central
  • Racing Club
  • Indipediente
  • Belgrano
  • Estudiantes (La Plata)
  • Banfield
  • River Plate
  • Tigre
  • Quilmes
  • Gimnasia (La Plata)
  • Lanus
  • Union (Santa Fe)
  • Aldosivi
  • Newell’s Old Boys
  • San Martin (San Juan)
  • Colon (Santa Fe)
  • Argentinos Juniors
  • Defense y Justicia
  • Godoy Cruz
  • Huracan
  • Sarmiento
  • Temperley
  • Nueva Chicago
  • Velez Sarsfield
  • Arsenal
  • Atlethico Rafaela
  • Crucero del Norte

1.0 Format Primera DivisiĆ³n

Sejak dari musim 13/14, 20 pasukan yang sedia ada dalam saingan tertinggi di Argentina dikekalkan, dan 10 pasukan lagi ditambah untuk mencukupkan saingan untuk mewujudkan liga 30 pasukan.

5 pasukan terbaik dari saingan Primera B Nacional zon A dan zon B akan naik ke Primera Division untuk melengkapkan 30 pasukan.

Setiap pasukan perlu bermain 30 perlawanan dengan teknik 29+1 perlawanan. Ini bermakna, setiap pasukan akan menentang sesama sendiri sekali, tidak kira sama ada menjadi tuan rumah ataupun pelawat.

Baki satu lagi perlawanan merupakan perlawanan yang telah dikhaskan sebagai “rivalry week”.

Dalam minggu ini semua pasukan akan menentang musuh tradisi mereka dalam satu minggu khas. Ini bagi mencukupkan setiap pasukan untuk bermain 30 perlawanan semusim.

Pada minggu tersebut kita dapat saksikan Boca Juniors vs River Plate (Superderby), Indipediente vs Racing Club (Avellanda Derby) dan Newell’s Old Boys vs Rosario (Rosario Derby).



Bagi pasukan yang tidak mempunyai seteru, pihak Persatuan Bola Sepak Argentina akan mengaturkan perlawanan mereka dengan pasukan lain yang tidak mempunyai seteru.

2.0 Slot ke kejohanan benua

Untuk Argentina, mereka mendapat 10 slot untuk pasukan dari liga Argentina beraksi di kejohanan benua.

4 slot untuk ke Copa Libertadores dan 6 lagi untuk ke Copa Sudamericana.

Untuk Copa Libertadores, 2 pasukan teratas liga akan layak secara automatik. Manakala slot ketiga dikhaskan untuk juara Copa Argentina dan slot keempat adalah untuk pemenang Pre Libertadores.

Bagi Copa Sudamericana, pasukan yang menduduki tempat ke ke-7 hingga 18 dalam liga berpeluang untuk layak ke kejohanan ini.

Namun mereka perlu mengharungi saingan saringan atau play-off yang dinamakan Pre Sudamericana.

argentina-primera-division-2015

3.0 Pre Libertadores dan Pre Sudamericana

Ini merupakan perlawanan pasca musim untuk menentukan 1 lagi pasukan yang akan ke Copa Libertadores dan 6 pasukan yang akan ke Copa Sudamericana.

Untuk Pre Libertadores, 4 pasukan iaitu pasukan yang mendapat tempat ke-3 hingga ke-6 liga akan merebut satu slot ke Copa Libertadores.

Pasukan tangga ke-3 liga akan menjadi tuan rumah kepada pasukan ke-6, dan ke-4 akan menjadi tuan rumah kepada pasukan ke-5 dalam perlawanan separuh akhir Pre Libertadores.

Perlawanan berlangsung dengan menggunakan format satu perlawanan sahaja.

Pemenang di peringkat separuh akhir akan ke perlawanan akhir dan bermain secara timbal balik. Pemenang perlawanan akhir Pre Libertadores akan ke Copa Libertadores.

Manakala yang tewas akan pergi Pre Sudamericana.

argentina-pre-libertadores-2015

Untuk Pre Sudamericana, 12 pasukan akan bermain satu perlawanan secara kalah mati. Pasukan yang lebih baik di dalam liga akan menjadi tuan rumah.

Enam pasukan yang layak, akan ke perlawanan akhir dan bermain secara timbal balik. Disini juga pasukan yang tewas dalam separuh akhir Pre Libetadores akan memulakan kempen Pre Sudamericana mereka.

Pemenang perlawanan akhir akan ke Copa Sudamericana. Harus diingat, terdapat 4 perlawanan akhir untuk Pre Sudamericana.

2 pasukan yang tewas di Pre Libertadores telah pun layak ke Copa Sudamericana secara automatik. Mereka hanya bermain di Pre Sudamericana untuk melengkapkan jadual sahaja.

4.0 Kesimpulan

Jadi begitulah musim bola sepak di Argentina setelah mereka menggunakan format Primera Division untuk kali pertama.

Namun bagi penulis, sistem Primera ini tetap agak kelam kabut terutama dalam menentukan siapa yang akan ke Libertadores dan Sudamericana. Apa pendapat pembaca semua? Bincangkan di ruangan komen.

Dalam siri seterusnya kita akan singgah sebentar ke Asia untuk mengenali dengan Liga Juara-Juara milik kita, Liga Juara-Juara Asia.

Baca juga: Lelaki ini Terselamat Dari Sindiket Culik Nigeria Selepas Sebut Nama Messi